Kuala Lumpur: Selepas tiga minggu kehilangan pesawat PenerbanganMalaysia(MAS), MH370, Malaysia masih dikritik mengenai radar tenteranya yang dikatakan telah mengesan sebuah pesawat yang tidak dikenali, namun didakwa tidak mengambil sebarang tindakan ketika itu.
Dalam rancangan Agenda AWANI pada Sabtu, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff mempertahankan tindakan itu.
Katanya, pihak tentera udara memang telah mengesan pesawat MH370 pada malam itu dan telah membuat satu penilaian bahawa trek, atau laluan, yang diambil pesawat itu tidak membahayakan.
“Untuk MH370, saya jangkakan mereka telah menyatakan itu bukan satu ancaman, disebabkan itu, mereka teruskan merakam laluan MH370,” kata Penyiasat Insiden & Pengurus Kanan Korporat Sapura Kencana itu.
Kapten Abdul Rahmat juga menerangkan proses yang perlu diambil tentera udara apabila mengesan sesebuah pesawat yang tidak dikenali, dan bagaimana ia menentukan sama ada perlunya menggerakkan pesawat pejuang negara ini.
Kapten Abdul Rahmat yang juga dikenali sebagai Seademon pernah menulis di laman blognya tentang tidak adilnya Tentera Udara dikritik berkaitan insiden radar itu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pesawat telah diterbangkan sedemikikan untuk mengelakkan daripada dikesan oleh radar-radar yang lain, dengan melalui kawasan yang langsung tidak mempunyai radar.
Tentera tak da problem. Yang problem ialah kementerian tentera dan lain2 kementrian berkaitan yang tak tahu mengurus maklumat yang ada pada tentera.
Tuan, yang hilang bukan harga seringgit dua. Nyawa tiada ganti. Patutnya sebagai pemimpin mesti ambil kira setiap benda walaupun bukan ancaman. Semua kejadian patutnya diambil kira.
Betul ini kejadian pertama. Tapi kat negara lain dah lama orang letak jawatan sebagai mengambil tanggung jawab tak kira first time atau tidak. Takkan nak tunggu second time baru nak pecat. Ramai lagi yang layak.