Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 2, 2014

DAKWAH MUZIK DI TELUK CEMPEDAK



Kuantan – Suasana di Teluk Chempedak yang dipenuhi pengunjung pelbagai kaum dan agama tidak menghalang 50 ahli Kelab Kumpulan Nasyid dan Huffaz Voice Maahad Tahfiz Pahang berdakwah melalui selawat, marhaban dan qasidah.

Cara mereka bagaimanapun disenangi orang ramai yang turut singgah berselawat sambil menghayati lagu-lagu ketuhanan yang bertujuan memberi kesedaran kepada kepada orang ramai terutama golongan muda.

Penyelaras kelab itu, Jaswan Abdullah berkata, selama satu jam berada di pentas kecil di Teluk Chempedak cukup menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong asing yang sama-sama menyertai kuiz yang disediakan kumpulan itu.

“Kita memilih pusat peranginan itu kerana berpendapat bahawa berdakwah tidak memerlukan banyak wang atau gah tetapi cukup di lokasi yang boleh memberi impak kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, mereka menggunakan alat muzik yang terhad tetapi masing-masing bijak memainkan peranan dan kemahiran setiap ahli dalam kumpulan menjadi faktor tarikan pengunjung Teluk Chempedak.

Menurutnya, pada masa sama kumpulan itu mengambil kesempatan memaklumkan pengunjung mengenai kebaikan berselawat dan orang ramai berpeluang melakukan bersama.

0 comments:

share2