Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 22, 2014

BAYERN JUMPA MAN. UNITED,REAL MENENTANG DORTMUND




Nyon, Switzerland - Penyandang juara, Bayern Munich akan berdepan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United pada suku akhir Liga Juara-juara, manakala Real Madrid menentang naib juara musim lalu, Borussia Dortmund.

Dua gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona dan Atletico Madrid berentap sesama sendiri di suku akhir, sementara kelab kaya Perancis, Paris Saint Germain akan berdepan Chelsea.

Perlawanan suku akhir pertama akan berlangsung pada 1 dan 2 April, sementara suku akhir kedua pada 8 dan 9 APril.

Juara lima kali, Bayern akan bertandang ke Old Trafford dalam perlawanan peringkat pertama untuk memberi tekanan kepada pengurus United, David Moyes. 

Undian Suku akhir Liga Juara-juara

Barcelona (ESP) lwn Atletico Madrid (ESP)

Real Madrid (ESP) lwn Borussia Dortmund (GER)

Paris St-Germain (FRA) lwn Chelsea (ENG)

Manchester United (ENG) lwn Bayern Munich (GER)

*Peringkat pertama pada 1/2 April, peringkat kedua 8/9 April

Suku akhir Liga Europa

AZ Alkmaar (NED) lwn Benfica (POR)

Olympique Lyon (FRA) lwn Juventus (ITA)

Basel (SWI) lwn Valencia (ESP)

Porto (POR) lwn Sevilla (ESP)

*Perlawanan berlangsung pada 3 dan 10 April

0 comments:

share2