Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 22, 2014

RUMAH EXCO KERAJAAN DIPECAH PENCURI


KUANTAN , 22 Feb (Bernama) - Pencuri memecah masuk ke rumah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Shahiruddin Ab Moin di Jalan Medan Tok Sira di sini dan melarikan barangan bernilai kira-kira RM10, 000 awal hari ini.

Kejadian disedari oleh anak lelaki beliau yang berusia 23 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur pada 03:05 pagi tadi, demikian menurut Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Beliau berkata anak Exco berkenaan melihat pintu dapur yang renggang manakala jubin bumbung telah pecah.

" Beliau juga mendapati bahawa barangan rumah bertaburan di semua bilik manakala televisyen LCD 60 -inci di ruang tamu dan pemain video dalam bilik tidur beliau telah hilang," menurut Mohd Jasmani.

Anak Dato' Shaharuddin yang sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Mohd Jasmani berkata pencuri dipercayai telah memasuki rumah dari bumbung dan keluar melalui pintu dapur dengan memecahkannya.

"Polis bagaimanapun, menemui cap jari dan beberapa jejak dipercayai  milik pencuri berkenaan".

Kejadian pecah masuk berlaku ketika tidak ada orang rumah. Dato' Shahiruddin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi. Keusahawanan dan Kepenggunaan yang juga Adun Dong dikatakan melawat kawasan pilihanraya bersama keluarga beliau. 

0 comments:

share2