Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 18, 2014

PELAJAR TINGKATAN LIMA DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PAHANG

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit, di Temerloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh itu, Mohd Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tujuh rakannya kira-kira 6.15 semalam tadi.
"Pelajar itu yang berenang ke tengah sungai iaitu kira-kira 25 meter dari tebing dilihat terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang dibawa arus," katanya ketika dihubungi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dihentikan 7 malam 
semalam dan akan disambung 8 pagi ini. 

1 comments:

  • Langkah Prima says:
    February 19, 2014 at 12:37 PM

    Keadaan sungai yang cetek. Rasanya tiada arus deras.

share2