Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 25, 2014

PAYA BESAR - PARLIMEN TANPA BANDAR



Oleh: Amir Rozaini

Kuantan - Secara kebiasaannya, setiap kawasan Parlimen yang wujud dalam Malaysia ini mempunyai kawasan tumpuan mereka sendiri yang boleh digelarkan sebagai 'Pusat Bandar'.

Paling tidak, dikawasan Parlimen tersebut mempunyai satu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan 'pekan' dimana tumpuan para penduduknya berkumpul.

Namun keadaan itu agak berbeza bagi kawasan Parlimen Paya Besar yang terletak didalam kawasan Daerah Kuantan, Pahang. 

Sebagai rekod, kawasan Parlimen Paya Besar ini mula wujud sejak tahun 2004 apabila persempadanan semula kawasan Parlimen dibuat. 

Selama dua kali Pilihan Raya Umum diadakan, Barisan Nasional menyapu bersih semua kerusi DUN serta kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan dianggap sebagai kubu kuat BN di bahagian Timur Pahang.

Malangnya, dari tinjauan yang dibuat mendapati kawasan Parlimen ini tidak mempunyai tempat yang strategik untuk digelarkan sebagai 'pekan' atau 'pusat bandar'.

Beberapa pandangan telah diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut dimana mereka mendapati kawasan Parlimen Paya Besar ini tidak mempunyai tempat tumpuan sedemikian.

Keadaan itu, kata mereka, membuatkan kawasan Parlimen Paya Besar agak ketinggalan dari pelbagai sudut termasuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan - kemudahan lain.

Malah tambah menyedihkan bagi mereka ialah apabila bantuan dari pihak Kerajaan terutamanya pada ketika banjir baru - baru ini seperti disisihkan.

Jika dilihat dari satu sudut, kawasan Parlimen Paya Besar ini mempunyai beberapa ciri - ciri yang menarik untuk dibangunkan oleh pihak tertentu.

Tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Parlimen Paya Besar sudah tentunya kedudukan 'Muzium Sungai Lembing' dimana terletaknya Lombong Bijih paling panjang di Negeri Pahang.

Selain muzium Sungai Lembing, terdapat juga pusat rekriasi yang kini semakin kembang membangun dan menjadi tarikan utama di Paya Besar iaitu Bukit Gambang Resort and Water World.

Maka adalah difikirkan sesuai bagi pihak berkenaan agar kawasan Parlimen Paya Besar ini diberikan perhatian supaya ianya dapat membangun sama seperti kawasan Parlimen lain di Semenanjung.

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 26, 2014 at 7:28 PM

    Asal takder bandar je, nak buat bandar atau nak jadi daerah baru.. Contoh macam Parlimen Kuala Krau, dah elok dalam Temerloh, sibuk nak mintak keluar 2018 ni dan nak buat daerah baru. majukan saja lah pekan K. Krau tu.. ahli Parlimen tak fikir panjang... lagipun Bandar Pusat bawah Parlimen tu walaupun daerahnya di Maran. So skrg, mintak ajerlah paya Besar buat satu derah, keluar dari kuantan tu segala Sg. Lembing dan lain2..

share2