Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 17, 2014

MB PAHANG - AGIHAN BANTUAN BANJIR KUANTAN DAN ISU SEMASA




Kuantan, 14 Feb - Menteri Besar Pahang DSDR Adnan Yaakob berharap kepada mangsa banjir yang belum menerima sumbangan kerajaan agar bersabar kerana pasti ada kekurangan dan permasalahan pihak berkenaan dalam mengendalikan pengagihan bantuan memandangkan ada 20 ribu mangsa yang terlibat.

Di Kuantan sahaja ada 18 ribu ketua rumah yang disenaraikan, beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di Hotel Vistana, Kuantan selepas merasmikan acara penjenamaan semula Hotel Vistana milik YTL itu.

Mengulas berkenaan sumbang kerajaan UAE yang berjumlah 10 juta beliau berkata ianya adalah hasil usaha keras Tengku Mahkota Pahang sendiri yang memohon bantuan berkenaan melalui Tengku Mahkota Kerajaan Arab Saudi.

Bantuan berkenaan akan diagihkan sendiri oleh kerajaan UAE melalui wakil kerajaan UAE yang dilantik oleh duta kerajaan berkenaan. Ada pihak yang cuba mempolitikan isu tersebut dan cuba terlibat dalam pengagihan bantuan berkenaan bagi tujuan mendapat 'political mileage'.

Menjawab soalan wartawan, DSDR Adnan menyatakan bahawa negeri Pahang tidak bimbang dengan masalah kekurangan bekalan air walaupun menghadapi musim kemarau kerana bekalan kita sentiasa mencukupi.

Ditanya apakah Pahang akan menghantar pasukan bagi membantu BN dalam PRK yang akan diadakan di Kajang berikut perletakkan jawatan Adun terdahulu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menjawab belum tahu kerana BN pun belum pasti sama akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.

Ketika ditanya tentang perletakan jawatan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak beliau enggan mengulas panjang namun berkata Taib Mahmud adalah tokoh hebat yang telah mampu menyatupadukan pelbagai etnik di Sarawak dan telah berjaya memajukan negeri Sarawak hingga ketahap ini.










2 comments:

  • ajax85 says:
    February 17, 2014 at 5:06 PM

    Kita harap mangsa blh bersabar

  • semut merah says:
    February 17, 2014 at 8:34 PM

    Pembangkang mmg cuba cetus rasa x puas hati, selalu begitu.. mmg dasar hati busuk... mmg haramjadah..

share2