Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 17, 2014

ANWAR BUKAN 'PENENTU TAKDIR'




 'Anwar bukan penentu takdir', demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh artis senior, Herman Tino terhadap kemelut Politik yang berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang lalu jelas menyatakan bahawa Ketua Umum PKR itu tidak wajar dianggap sebagai seorang 'Penentu Takdir'. Sila perhatikan catatan tweeter Herman Tino dibawah ini:


Anwar bukanlah penentu takdir. Kenyataan tersebut jelas terpapar didalam laman mikroblog twitter milik penyanyi veteran tersebut yang turut mengecam dan mengkritik Ketua Pembangkang itu secara terang-terangan. Lihat lagi 'copy paste' kutipan dibawah ini:


Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Yale-Yale' tu tidak ragu-ragu melabelkan Anwar sebagai 'Persona Palsu' kerana hanya mempergunakan persona itu untuk terus menipu rakyat. Tidak cukup lagikah penipuan demi penipuan Anwar selama ini? Lihat lagi kutipan dibawah ini:


Oleh yang demikian sebagai salah seorang Anak Jati Selangor, Herman tidak merelakan dirinya serta seluruh rakyat Selangor untuk terus dibuli dan dibiarkan merempat dimasa akan datang.

Jesteru beliau mengajak dan menyeru kepada seluruh anak jati Selangor serta penduduk di DUN Kajang khususnya agar menolak Anwar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang nanti jika benar-benar Anwar akan bertanding.



0 comments:

share2