KUANTAN - Banjir yang melanda daerah ini minggu lalu sehingga ratusan buah kereta ditenggelami air menyebabkan mekanik tidak menang tangan apabila pemilik kenderaan itu menghantarnya ke bengkel untuk dibaiki.
Seorang pemilik bengkel kereta, Mohd. Azli Wahab berkata, selepas banjir mulai surut, pemilik kenderaan terbabit datang ke bengkelnya untuk dibaik pulih selepas gagal diselamatkan daripada bencana tersebut.
Tambahnya, dia menerima purata sebanyak 30 kereta setiap hari untuk dibaiki.
"Ada pelanggan yang datang dari Kawasan Perumahan Sungai Isap, Permatang Badak dan Perkampungan Cenderawasih kerana tempat tersebut paling terjejas teruk kerana banjir.
"Pada mulanya kenderaan yang dihantar agak kurang, tetapi semakin meningkat selepas banjir mulai surut minggu lalu," katanya ketika ditemui di bengkelnya di Bukit Rangin berdekatan Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini hari ini.
Katanya, meskipun rezekinya bertambah kerana bencana itu, dia tetap bersimpati dengan nasib pelanggannya.
Tambahnya, dia hanya mengenakan caj antara RM300 hingga RM500 selain mengikut tahap kerosakan yang dialami kereta terbabit.
"Kebiasaannya apabila kereta dimasuki air, peralatan yang rosak ialah Unit Pengawalan Enjin (ECU) atau kotak komputer," katanya.
Dalam pada itu, dia berharap semua pemilik bengkel yang menerima kenderaan rosak akibat banjir lebih bertimbang rasa dan tidak mengenakan caj melampau terhadap pelanggan.
"Kita perlu bertolak-ansur dan jangan terlalu mengejar keuntungan pada musim sebegini. Bagi saya, kita perlu memahami kesukaran dihadapi pelanggan yang menjadi mangsa banjir," ujarnya.

0 comments:
Post a Comment