Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 31, 2013

KERAJAAN NEGERI PAHANG SAMBUT BAIK AMALAN BERJIMAT.


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik 11 langkah penjimatan belanja sektor awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata langkah itu adalah tepat kerana menerusi penjimatan tersebut kerajaan dapat memberi perhatian kepada rakyat yang kian dihimpit masalah peningkatan kos sara hidup.

"Harap rakyat juga dapat bersabar, saya yakin lepas ini banyak lagi inisiatif yang akan diumumkan kerajaan bagi membantu rakyat (menangani masalah peningkatan kos sara hidup) seperti rasionalisasi subsidi supaya ia benar-benar dapat meringankan bebanan kumpulan sasaran dan pelbagai rebat akan diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sekolah Kebangsaan Tanah Putih Baru di sini hari ini yang dilanda banjir baru-baru ini.

Adnan berkata kerajaan negeri juga akan cuba berjimat dalam perbelanjaan untuk hal-hal yang tertentu.

0 comments:

share2