Kekalahan tiga Ketua UMNO bahagian di negeri ini adalah perkara biasa kerana perubahan dalam kepimpinan sedikit sebanyak pasti akan berlaku setiap kali proses pemilihan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu seharusnya diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk ahli kerana keputusan yang dibuat adalah kehendak para perwakilan yang mengundi.
"Dalam pemilihan, perubahan perkara biasa. Memilih ini maknanya mengganti, menukar dan memilih semula yang baharu dan secara kebetulannya tiga Ketua UMNO Bahagian ini tidak lagi dipilih pada pemilihan kali ini.
"Kita dapat lihat ketiga-tiga tokoh yang kalah ini, iaitu Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut) dan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (Paya Besar) merupakan tokoh veteran kecuali Datuk Mohd. Hazmi Yusof (Indera Mahkota) yang boleh dikatakan masih baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini semalam.
Adnan berkata, di Indera Mahkota misalnya, pertandingan bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian bukan melibatkan satu atau dua penjuru tetapi enam.
"Jadi, kalau enam penjuru kita biasanya akan jangka mesti ada sesuatu perubahan yang berlaku dan pembaharuannya ialah berlaku pertukaran dalam pucuk pimpinan di Indera Mahkota.
"Bagi saya itu tidak penting, yang penting adalah sama ada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota baharu, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid boleh menerajui parti untuk mengukuhkan keadaan sehingga kita boleh rampas semula Indera Mahkota yang kita kalah kepada pembangkang," katanya.
Beliau berkata, untuk Jerantut dan Paya Besar, pertukaran yang berlaku nampak biasa dan tidak akan menggugat kedudukan parti.

Pertukaran Ketua Bahagian itu biase tp tukar Chairman syarikat Rangkaian Delima itu luar biase