Perdagangan luar Malaysia meningkat melebihi RM1 trilion iaitu RM1.31 trilion tahun lalu, berbanding RM1.27 trilion pada 2011 sekali gus menjadikan negara pengeksport ke-24 terbesar di dunia.
Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pengeksport, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Zulkepli Mohd. Perai berkata, eksport negara meningkat kepada RM702.19 bilion, manakala import mengembang kepada RM607.36 bilion.
Keadaan itu, katanya, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM94.82 bilion iaitu lebihan dagangan yang dicatatkan berturut-turut sejak 2008.
"Jumlah perdagangan negara pada Ogos lalu meningkat sebanyak 13.2 peratus kepada RM118.69 trilion berbanding Ogos 2012," katanya.
Perdagangan yang lebih tinggi dicatatkan dengan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu sebanyak RM4.49 bilion, China (RM3.56 bilion) dan Taiwan (RM1.39 bilion).
"Eksport utama pada Ogos lalu ialah produk elektrik dan elektronik sebanyak RM20.70 bilion, petroleum bertapis (RM6.64 bilion), gas asli cecair (RM5.1 bilion), kimia dan bahan kimia (RM4.13 bilion) dan minyak sawit (RM3.95 bilion)," kata Zulkepli kepada pemberita selepas hadir pada Program 'Go Global' Matrade di sini hari ini.
Yang hadir merasmikan bengkel tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Menurut Zulkepli, China merupakan sumber import terbesar negara iaitu sebanyak 16.6 peratus diikuti Singapura (11.8 peratus ), Jepun (8.3 peratus), Amerika Syarikat (8.1 peratus) dan Taiwan (6 peratus).
"Pasaran luar negara adalah penting buat Malaysia. Justeru, saya menggesa usahawan-usahawan dan pengeksport di Pahang khususnya untuk meningkatkan keupayaan mengeskport agar Malaysia terus wujud sebagai negara perdagangan yang unggul.
"Sejajar dengan usaha-usaha Matrade dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan negara, kerajaan telah mengukuhkan penglibatan Malaysia dengan rakan dagangan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
"FTA ini bertujuan membantu meningkatkan keupayaan mengeksport melalui pengurangan dan penghapusan tarif dan sekatan bukan tarif. Pada masa kini sebanyak 60 peratus perdagangan global adalah dengan negara-negara rakan FTA," jelasnya.
Tambahnya, usahawan tempatan perlu mengambil langkah-langkah proaktif supaya mendapat faedah daripada perjanjian-perjanjian tersebut.
"Sehingga kini Malaysia telah menandatangani enam FTA dua hala dengan Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile dan Australia. Selain FTA dua hala, negara juga aktif dengan FTA serantau melalui ASEAN dan enam rakan perdagangan serantau.

0 comments:
Post a Comment