SUDAH 67 tahun UMNO menjadi parti politik utama di negara ini. Bukan itu sahaja, UMNO telah menjadi parti tonggak kepada kemerdekaan dan pentadbiran negara.
UMNO sebagai parti tertua di negara ini sudah melalui pelbagai kemelut dalaman dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj hingga ke kepemimpinan era ini.
Maka, sudah sampai masa UMNO diremajakan semula, dengan mengangkat muka baru yang bukan sahaja berpelajaran, berketerampilan malahan mampu berpidato dengan begitu hebat sekali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai bakat baharu dalam UMNO harus diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan parti Oktober ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kombinasi bakat baharu di samping penyertaan muka-muka lama penting bagi memperkukuh dan memastikan parti itu terus kekal relevan.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, inilah saat sebenar untuk ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3.2 juta menentukan saf kepimpinan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kurang lima tahun lagi.
Proses peremajaan UMNO sememangnya bukan suatu misi yang mudah tetapi tidak mustahil boleh dilaksanakan. Ahli-ahli UMNO dari pucuk sampai ke akar umbi diberi mandat untuk memilih pemimpin cawangan, bahagian malahan sampai ke peringkat pusat. Jika ini bukan dinamakan demokrasi terpimpin apakah ayat yang sesuai untuk kita gambarkan era Najib.
Kita jangan jadi Melayu yang memandang sebelah mata kepada anak-anak kita yang kita curahkan ilmu dan kemajuan selama ini. Mereka kini sudah besar panjang dan mempunyai wibawa untuk menjadi pewaris kepimpinan negara yang semakin berkembang di segala segi.
Sampai bila golongan muda terus tunduk kepada pengaruh pemimpin lama yang enggan melepaskan jawatan mereka di mana- mana peringkat sekalipun. Takut nanti bakat muda menjadi tukun politik semata- mata.
Najib sendiri melahirkan kebimbangan jika tiada bakat baru dalam UMNO pasti satu hari nanti masalah hendak memilih calon berwibawa akan berulang. Jangan sampai masalah memilih calon yang dihadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 bakal berulang.
Dalam mana tamadun sekalipun, jika tiada pemimpin pelapis pasti tamaddun tersebut akan runtuh. Sekalipun ada pelapis sudah pasti yang mengganti tempatnya, merupakan pemimpin yang lemah sebagaimana yang dihadapi oleh Kerajaan Mesir Purba. Yang tinggal di Mesir kini adalah warisan dunia iaitu pyramid dan sphinx yang dibayangi sengketa antara penyokong Mursi dan puak Tamarod.
Seharusnya pengorbanan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti dianggap suatu ketentuan qada dan qadar.
Betapa mereka melihat UMNO perlu diremajakan semula dan bukan setakat dijenama semata-mata.
Kepada pemimpin UMNO yang ingin bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) ukurlah baju di badan sendiri. Pastikan akar umbi memberi sokongan mantap dan ikhlas. Ini bagi memastikan peranan anda dalam saf kepimpinan pusat lebih berkesan hingga ke PRU-14.
Sudah menjadi adat dunia pemimpin datang, pemimpin pergi. Namun biarlah pergi dalam jasa dirindui dan bakti diingati. Jangan ditewaskan oleh rasa yakin yang tinggi hingga melupakan bahawa dunia ini akan kita tinggalkan untuk generasi Y yang setiap hari akan lahir dari mana-mana rahim yang berisi jasad bernama bayi.
Justeru, kepada pemimpin-pemimpin muda yang bersemangat waja, di tangan dan bahu anda UMNO bakal diwarisi perjuangannya untuk membela orang Melayu dan ahli-ahli dalam kalangan etnik di Sabah. Ia bukan diwujudkan untuk perjuangan individu semata-mata. Ia juga bukan alat mencari kekayaan tetapi wadah mensejahterakan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kepada ahli-ahli UMNO semua, hargailah kepimpinan orang muda, wariskan kepimpinan sama ada di peringkat akar umbi atau di pucuk pimpinan dengan memberi mandat dan undi kepada mereka.
UMNO yang remaja pasti akan menarik sokongan orang muda yang terlalu taksub dengan pemimpin pembangkang yang vokal tetapi entah untuk siapa dan apa sebenarnya. Melainkan untuk kepentingan individu semata-mata. Insya-Allah UMNO lebih muda pada hujung tahun ini.

0 comments:
Post a Comment