Seorang warga emas tergamam melihat bumbung tempat simpanan barang bersebelahan rumahnya di Lorong 17 Kampung Chamang Baru, dekat sini, diterbangkan angin kuat awal pagi semalam.
Chew Ah Moi, 76, berkata, dia terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi angin agak di luar rumah kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, walaupun takut, dia memberanikan diri melihat keadaan di luar dan mendapati bumbung stornya diterbangkan angin.
“Saya lihat bumbung itu terbang ke bahagian belakang rumah berhampiran rumah jiran.
“Barang-barang dalam stor pula habis basah kena hujan,” katanya.
Ah Moi berkata, dia bernasib baik kerana hanya bumbung stor diterbangkan angin, manakala bumbung rumahnya masih berkeadaan baik.
Katanya, walaupun terkejut dengan kejadian itu, dia bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpanya.
Dalam kejadian itu, dianggarkan lima rumah terjejas akibat ribut pagi semalam, namun kebanyakannya tidak mengalami kerosakan teruk.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Bentong, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pihaknya berharap penduduk yang terlibat membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ia membolehkan penilaian dibuat terhadap kerosakan yang berlaku dan seterusnya bantuan bersesuaian dapat disalurkan," katanya.
0 comments:
Post a Comment