TEMERLOH - Kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengkaji bagaimana kaedah terbaik supaya aktiviti mandi bersama gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di sini dapat diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sejak beberapa bulan lalu, aktiviti tersebut yang menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia terpaksa dihentikan sementara waktu atas faktor keselamatan.
Menurut beliau, pihaknya bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang membuat satu kajian bagaimana mahu meneruskan aktiviti berkenaan supaya menarik kembali pelancong ke pusat tersebut.
"Kehadiran pelancong asing semakin berkurangan kerana mereka tidak lagi berpeluang mandi bersama gajah dan merasai sendiri pengalaman menunggang haiwan itu.
"Aktiviti seperti itu tidak terdapat di negara lain seperti Thailand, India, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam dan beberapa negara lain yang mempunyai banyak bilangan haiwan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Boling Jemputan Majlis Perbandaran Temerloh dan pusat boling U-Bowl di Star Mall di sini.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan titik tengah Semenanjung Malaysia yang kini telah disahkan di Lanchang sebagai tarikan terbaharu para pelancong dari dalam dan luar negara.
"Kerajaan negeri menjenamakan semula Temerloh yang dikenali sebelum ini sebagai bandar ikan patin dan PKGK dalam usaha menggandakan kehadiran pelancong.
"Pelancong bukan sahaja menikmati keindahan alam semula jadi di daerah ini tetapi turut melihat kemodenan yang ada di pusat bandar di Temerloh dan Mentakab," ujarnya.
Katanya, selain alam semula jadi, daerah ini turut mempunyai pusat beli-belah terbaharu dengan dilengkapi pusat boling bertaraf antarabangsa, panggung wayang dan banyak lagi.

0 comments:
Post a Comment