Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 18, 2013

BN TETAP TUNAI JANJI


TEMERLOH - Kerajaan Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan pembangkang kononnya tidak akan menunaikan janji memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembangkang baru-baru ini mendakwa kerajaan BN akan menghentikan pemberian tersebut kerana bantuan yang diberikan sebelum ini adalah untuk memancing undi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang menabur fitnah dilihat satu keadaan terdesak berikutan pelbagai transformasi dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula diterima rakyat.

"Perdana Menteri dah berjanji nak tambah lagi BR1M hingga RM1,200. Maka kita tunggulah. Takkan janji itu kosong. Tengoklah mana-mana janji pilihan raya umum lalu sedikit demi sedikit dan secara beransur telah dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian BR1M 2.0 kepada 98 penduduk dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di Dewan Datuk Abdullah Kia Kerdau, dekat sini semalam.

Ismail berkata, pemberian BR1M tersebut kepada mereka yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini membuktikan kerajaan BN tidak mengkhianati rakyat sepertimana dakwaan pembangkang.

"Bukan cara ini kerajaan BN berjanji kosong, apa yang kita janji akan kita tunaikan walaupun ada kalanya lambat sedikit.

"Seperti majlis ini seramai 98 orang yang tercicir daripada menerima bantuan itu tetap kita berikan kepada mereka," kata Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.

Katanya, BN tidak mengamalkan sikap pilih bulu, malah mereka yang layak akan diberi bantuan tanpa mengambil kira sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya.

0 comments:

share2