Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 7, 2013

ORANG MELAYU PERLU BERSATU


Orang Melayu perlu segera bersatu dengan bertunjangkan Islam dan Raja Berperlembagaan jika tidak mahu kepentingan mereka tergadai serta nikmat yang dinikmati sebelum ini terlepas ke tangan pihak lain.

Pakar sejarah, Prof. Madya Dr. Ishak Saat berkata, jika orang Melayu masih tidak insaf dengan perubahan demografi politik di Malaysia sehingga masih berpecah dan bertelagah sesama sendiri tidak mustahil bangsa itu akan kehilangan segalanya.

Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kuasa politik orang Melayu kini terancam kerana peratusan undi bangsa itu lebih kecil berbanding bukan Melayu akibat perpecahan disebabkan perbezaan politik.

"Kalau orang Melayu masih tidak sedar dengan perubahan demografi politik hari ini, saya tak tahu nak cakap apa. Kuasa politik orang Melayu bukan lagi penentu walaupun bangsa ini merupakan majoriti di Malaysia. Semuanya kerana perpecahan.

"Jika orang Melayu tidak segera bersatu dengan berteraskan Islam dan Raja Berperlembagaan tunggulah nasib bangsa ini dalam 10 hingga 20 tahun akan datang," katanya semasa muncul sebagai ahli panel di Seminar Institusi Raja (SIRaj) di sini hari ini.

Terdahulu, Ishak yang juga pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membentangkan kertas kerja bertajuk 'Legasi Ketuanan Melayu Perak' pada seminar tersebut.

Dalam pada itu, gesaan agar orang Melayu di negara ini bersatu dan menamatkan segera perpecahan akibat perbezaan politik turut dilaungkan seorang lagi ahli panel iaitu Agus Shahrani walaupun beliau merupakan warga Indonesia.

Menurut Agus, selaku bangsa serumpun yang melihat sendiri bagaimana orang Melayu di Malaysia berpecah, beliau menyifatkan sempadan politik sempit perlu diatasi dengan jiwa besar semua pihak jika tidak Melayu akan semakin lemah.

"Bersatu-padu dan sama-samalah hilangkan perbezaan sempadan politik palsu," katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    June 7, 2013 at 1:54 PM

    Melayu tidak akan bersatu jika masih ada beberapa parti politik orang melayu. Ini kerana setiap pemimpin parti politik mempunyai cita2 untuk menjadi Perdana Menteri. Maka itu pemimpin2 tersebut akan sentiasa mencari kesalahan pemimpin parti lawan.

share2