Nama Nora Danish tidak lagi perlu diperkenalkan. Kejelitaan dan bakat lakonannya menjadi bualan orang ramai. Apatahlagi kisah sensasi perpisahan beliau bersama bekas suaminya angkara orang ketiga membuatkan namanya semakin panas.
Setelah sekian lama Nora menyepi dari menceritakan soal jodoh, akhirnya Nora membuka mulut tentang hasratnya mahu mendirikan rumahtangga buat kali kedua.
Siapa tak nak kahwin kan? Jadi bagi Nora, untuk perkahwinan kali kedua ni Nora mengidamkan majlis perkahwinan macam dalam cerita Twilight. Nora sukakan konsep perkahwinan dalam hutan dengan bunga-bunga segar warna putih.
Bagi Nora, dia tidak serik untuk mendirikan rumahtangga untuk kali kedua, cuma kali ini, dia akan mengambil sikap berhati hati supaya tragedi perkahwinan pertamanya itu tidak lagi berulang.
Untuk mengetahui siapakah bakal suaminya itu, korang bolehlah lihat sendiri video yang dirakam oleh EH! mengenai pengakuan Nora dibawah ini.
0 comments:
Post a Comment