Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 17, 2013

MENDAULATKAN SPR


Sejak daripada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula di tuding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR. Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam ke atas SPR dengan pelbagai tuntutan.

Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihan Raya.

Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk mengguna pakai kaedah kuno “dakwat kekal" untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, “pengundi hantu".

Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah biometrik yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beria-ia menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

Namun apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beria-ia pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihan raya di dunia ini termasuk di negara ketiga dan mundur di mana pembangkang beria-ia cuba ‘menghapuskan’ kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihan raya!

Sebenarnya masalah di negara ini bukannya dengan sistem pilihan raya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang demo-crazy, langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

Sedangkan mereka sendiri seperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput di ekor!

Lihat sahaja cara “demokrasi" dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisme dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka.

Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR. Mereka memberi label “Blackout 505" - kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional.

Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan di bawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihan raya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam bab pilihan raya.

Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal pelantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

Pelantikan

Fasal (1) dan (2) Artikel 114 menyentuh tentang soal pelantikan ahli SPR.

Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Jelas daripada peruntukkan di atas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja!

Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR.

Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan pelantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ia suatu cubaan rampasan kuasa ke atas kuasa dan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong

Dalam erti kata lain, ia suatu penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Mengapakah kuasa pelantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, kerajaan mahupun Parlimen?

Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihan raya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ia adalah Kerajaan yang bernaung di bawah kuasa Raja-raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-raja Melayu.

Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Raja-raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain.

Namanya pun KeRAJAan. Ia adalah badan pentadbiran di awah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government seperti yang difahami Barat - iaitu sekadar govern - mentadbir.

Di Malaysia ia disebut KERAJAAN - pentadbiran negara di bawah naungan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ataupun Urusan Seri Paduka Baginda.

Penamatan / Pemecatan

Fasal (3), (4) dan (4A) Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan tentang penamatan khidmat atau pemecatan jawatan mana-mana ahli SPR.

Secara ringkasnya, seseorang ahli SPR hanya boleh tamat atau ditamatkan perkhidmatannya seperti berikut:

1. Mencapai umur 65 tahun;

2. Meletak jawatan dengan mengutus surat yang ditandatanganinya sendiri kepada Yang Di-Pertuan Agong;

3. Hilang kelayakan di bawah fasal (4A) iaitu adalah seorang bankrap, bekerja makan gaji dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji diluar tugasnya, atau seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

4. Secara khusus kepada Pengerusi SPR, beliau akan hilang kelayakan sebagai Pengerusi jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak, dan sama ada bergaji atau tidak (kecuali pertubuhan atau badan yang menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela yang berfaedah kepada masyarakat).

5. Dan tiada mana-mana ahli SPR boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maknanya dalam soal pemecatan seorang ahli SPR, ia disamatarafkan dengan status seorang Hakim Mahkamah Persekutuan!

Alasan serta prosedur pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan diperuntukkan didalam Artikel 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna seseorang ahli SPR hanya boleh diambil tindakan untuk dipecat jika beliau tidak berkeupayaan disebabkan kelemahan otak atau tubuh untuk menjalankan tugas sebagai ahli SPR.

Dan untuk tujuan itu, sebuah tribunal khas mengandungi tidak kurang daripada lima (5) orang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi (termasuk Hakim daripada negara Komanwel) hendaklah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk membicarakan ahli SPR tersebut.

Dan Tribunal Khas tersebut, setelah menjalankan perbicaraan, hendaklah mengemukakan laporan dan cadangan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Dan hanya Yang Di-Pertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk menerima cadangan Tribunal itu dan memilih sama ada mahu memecat atau tidak ahli SPR tersebut.

0 comments:

share2