Baru baru di dalam akhbar Utusan Malaysia ada membuat tajuk "Apa Lagi Yang Orang Cina Mahu?" pada laporannya terhadap PRU-13. Kerana kajian Utusan mendapati undi orang Cina ketara dan terlalu jelas sudah lari kepada Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) terutamanya kepada DAP. TC (The Chulan) berpendapat tajuk yang lebih sesuai ada lah "Apa lagi Yang Orang Cina Belum Dapat?" - itu rasanya tajuk dan persoalan paling sesuai.
Jika sesiapa terasa pedih pada persoalan dan menganggap soalan itu sebagai serangan perkauman, maka sahlah otaknya harus diperiksa. Soalan memerlukan jawapan dan bukannya kemarahan, yang marah pastinya sudah tersepit tidak boleh menjawab soalan.
Dalam satu peristiwa seorang berbangsa Eropah merantau ke satu tempat di Negara China dan sebaik-baik sahaja dia duduk berehat di sebuah kedai kopi, dia terlihat satu pertengkaran antara dua orang. Pertengkaran begitu lama, tetapi masih belum terhenti lagi.
Lalu lelaki berbangsa Eropah itu bertanya kepada tuan kedai kopi itu, kenapa kedua-dua yang bertengkar itu masih lagi belum bertumbuk.
Tuan kedai kopi itu pun menjawab; "di sini siapa yang mulakan serangan tangan dalam pertengkaran bermakna dia sudah kalah dalam hujahnya."
Maka fahamlah lelaki Eropah itu.
Apabila akhbar Utusan menyoal, ia memang perlukan jawapan. Kenapa mesti sakit hati pada persoalan? Memang pun masyarakat Melayu ingin tahu apa yang tidak kena, apa yang orang Cina tidak dapat ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir?
Malah dikatakan kerajaan pimpinan Melayu ini terlalu lembut sehingga bukan sahaja dikira tunduk, malah sudah ke peringkat sujud pula. Yang belum diserah hanya nama Tuhan mereka sahaja.
Zionist ada mencipta gelaran kepada sesiapa yang menentangnya walaupun yang menentang itu sebenarnya bertindak balas kepada kezaliman dan perilaku zalim Yahudi. Nama gelaran diberi adalah Anti-Semite. Antara yang pernah mendapat gelaran ini adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jadi advantage adalah kepada puak Zionist, mereka melaksanakan kezaliman dan kemudian menggelarkan penentang perbuatan mereka sebagai Anti-semite. Apakah di Malaysia juga mahu jadi begitu? Sebaik-baik sahaja satu puak melakukan perkara melampau dan sesiapa yang menentang kelampauan itu atau mempersoalkan pelakuan itu akan digelar 'Rasis'.
Rentetan pada peristiwa (PRU-13) jelas terlihat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewakili kerajaan BN telah nampak terlalu melayani semua bangsa daripada segala golongan dalam mahu mengambil hati pengundi.
Termasuk dalam golongan ini adalah kumpulan dan persatuan orang Cina di merata negara. Nampak mereka sentiasa sahaja sambut kedatangan pemimpin besar BN ini. Gambaran diberi adalah sokongan besar akan datang daripada kaum ini.
Malah puak berhaluan kiri seperti Dong Ziong juga telah cuba Najib dekati dengan menghadiri jemputan mereka, ini juga sebagai sejarah kerana belum ada Perdana Menteri dijemput ke majlis puak ini.
Rata-rata jemputan dan majlis anjuran orang Cina Najib akan hadiri demi mahu mengambil hati. Seolah-olah hati mereka terlalu mahal.
Selain daripada itu derma sana dan sini serta bantuan itu dan ini juga dihulurkan.
Apakah yang Najib harapkan daripada melakukan ini semua? Tidak lain, melainkan sekeping kertas undi daripada mereka. Di manakah ruginya jika mengundi parti yang akan membantu lebih banyak lagi?
Tapi, pada malam 5 Mei, perkara sebaliknya berlaku. Seperti gempa bumi yang membawa tsunami menyapu habis seluruh undi masyarakat Cina lari kepada Pakatan Rakyat khususnya untuk parti DAP. Dan mana-mana yang dimenangi oleh Pas atau PKR adalah atas sebab mereka di bawah naungan DAP.
Pada hari ini dengan jelas Perdana Menteri, Najib dengan UMNO-nya telah di sapu bersih. Seolah-olah tiada kebaikan dan tiada jasa langsung yang pernah dilakukan. Jika tidak ada kenaikan di zaman Najib, di zaman Perdana Menteri yang lain juga tidak diambil kira langsung.
Pada malam 5 Mei lalu, Najib dan UMNO was totally betrayed.
Hari ini sahih orang UMNO dan Melayu terasa mereka telah dipermainkan.
Apakah ada perasaan lain selain mengatakan perasaan 'hampa'?
Namun "for every action there will be a reaction". Tentu sekali Najib adalah seorang yang profesional dan tidak cepat melenting. Tetapi itu adalah watak Najib, tetapi amat malang ia tidak mewakili watak ahli-ahli UMNO yang lain.
Menyedari kerosakan sudah berlaku, Lim Kit Siang dengan segera mahu membetulkan keadaan, Tsunami Cina mahu ditukarkan kepada Tsunami Rakyat. Seperti Anwar Ibrahim, pelakuan peribadi di dalam bilik pun mahu dirakyatkan apabila terkantoi. Begitu juga Kit Siang mahu 'sembunyi' di sebalik nama rakyat.
Malah Kit Siang pergi lebih jauh daripada itu, beliau mencadangkan orang yang dikalahkannya iaitu Datuk Ghani Othman diberi ministrial post (jawatan Kabinet) oleh Najib.
Tidak henti di situ, Kit Siang juga menegur MCA agar tidak menutup pejabat dan cawangannya. Serta menegur tindakan MCA enggan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana Kit Siang amat khuatir hasil perbuatan DAP, orang Cina bakal mendapat kesusahan daripada backlash BN.
Pada waktu sama pula, MCA enggan diperbodohkan lagi. Malah seorang wakil MCA yang tewas berkata "hal mati pun mahu minta tolong, tapi undi kasi sama DAP". Ini menggambarkan betapa teruknya kedudukan hasil tsunami ini.
Apa yang Kit Siang amat takut adalah setelah orang Cina full swing daripada hasutan surat berantai dan bisikan masyarkat serta tentera kacang merahnya, tetapi ia tetap tidak berjaya menumbangkan kerajaan BN, dengan ini tentu sekali akan ada backlash.
Tsunami memilki dua musibah, ketika ia datang melimpah dan juga ketika airnya mahu kembali ke laut. Yang Kit Siang sangat takuti sekarang adalah apabila air tsunami mahu kembali ke laut luas.
Kini Najib sedang diperhatikan. Di satu pihak orang Cina yang sudah khianatinya, apakah yang mahu dilakukannya kepada mereka? Terus tambat hati mereka dan nanti kena lagi sekali?
Di satu pihak pula, penyokong sendiri yang sudah berasa hati dan mahukan tindakan diambil.
Najib kini seperti buku baru olahan Zainudin Maidin, Di depan duri di belakang api. Najib juga dalam dilema, takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendung pula keciciran.
Saya setuju, bak kata pepatah Melayu "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.Najib patut 'stick to the Constitution' tentang perkara yang bersabit pelajaran,hak hak Melayu dan Pribumi dll, bukan memberi kelonggaran kapada puak puak ini saperti memberi gula gula kapada budak nakal untuk duduk diam.Sekarang nak ikhtiraf sekolah mereka yang falsafah dan kurikulum nya tidak langsong mencerminkan falsafah Malaysia. Kenapa begitu kemaruk kapada sokongan dari orang yang tidak ada hati prut saperti mereka?