Semua percuma
1. Seorang sahabat mencadangkan satu lawatan pelancongan domestik yang menjimatkan di laman facebook, dan saya sangat tertarik dengan cadangannya.
2. Cadangannya begini; Isi petrol penuh tangki kereta di Gelang Patah, Johor dan mulalah mengembara melalui Melaka dan Negeri Sembilan. Tiba di Selangor isikan minyak penuh tangki untuk kembara melalui Pahang dan mungkin mengisi sedikit di Terengganu. Tiba di Kelantan isikan penuh-penuh agar tidak perlu bimbang apabila melalui Kedah. Tiba di Pulau Pinang isikan penuh tangki sekali lagi.Melalui Perak tak perlu isi minyak, sehingga tiba semula di Selangor. Pelancongan yang akan jimatkan belanja kerana minyak murah dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan.
3. Sepekara lagi, jangan risau juga dengan bayaran pakir kereta di negeri-negeri tadbiran Pakatan kerana semuanya percuma. Pakirlah kenderaan anda dimana saja sesuka hati kerana semuanya 'free'. Mungkin juga tol di negeri-negeri yang diperintah Pakatan sudahpun di mansuhkan. Bagaimanapun, Lebuhraya percuma dinegeri Kelantan yang dibina oleh Nik Aziz masih belum kelihatan melainkan hanya seketul batu asas yang jadi batu tanda atau batu nesan yang tak bernama.
4. Di Pahang, di Kuantan YB Fuziah dah lakukannya. Demikian juga di Inderamahkota, Temerloh dan Raub. Untung bila kita mengundi Pakatan kerana semuanya free dan semuanya akan mansuh. Buat masa ini sementara peraturannya masih belum dikuatkuasakan, resit-resit pakir berkenaan bolehlah di tuntut di Pejabat-pejabat ahli parlimen Pakatan berkenaan.
5. Cuma Mr. Mansuh masih tak berpuas hati kerana beliau masih belum dapat jadi Perdana Menteri. Katanya PRU tidak telus dikerusi-kerusi dimana calon pakatan telah kalah, namun dikerusi-kerusi dimana calon pakatan menang beliau hanya membisu. Mungkin BN perlu juga membuat laporan kepada SPR kerana tidak telus di negeri-negeri dan kerusi-kerusi dimana BN kalah, supaya ianya adil dan seimbang.
Ada lagi yang belum disebut. Hotel, makan minum free. Tiap kali lalu kat tempat tu, tukar kereta, sebab kereta kat negeri tu murah.
Aper cher der??? Ahaks... trkesima ler ..tukang CUKANG... manifesto BUKAN jnji...