Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 16, 2013

Pembangkang Rancang Serang Rakyat Malaysia


Perbuatan pembangkang untuk mengadakan rusuhan jalanan Sabtu ini tidak boleh dibiarkan kerana tindakan itu jelas mencabar keluhuran Perlembagaan serta mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, langkah yang cuba diambil oleh Hishamuddin itu sememangnya amat berbahaya dan pihak polis wajar bertindak segera.

Undang-undang negara telah dipermain-mainkan dan dimomok sesuka hati sehingga ke peringkat mencabar Yang di-Pertuan Agong.

"Saya amat kenal Hishamuddin ini. Dia pernah lari ke luar negara semasa kebangkitan pelajar pada tahun 1970 atas isu kemiskinan rakyat Baling, Kedah.

"Bertahun lari ke luar negara dan memburukkan nama baik Malaysia di negara yang memberikan suaka politik kepadanya. Dia ini jenis baling batu sembunyi tangan. Kembali ke tanah air dengan selesa tanpa diambil apa-apa tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan berita tentang niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu dengan bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Hishamuddin ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

"Sebenarnya tindakan Hishamuddin menghasut rakyat dengan cara mencabar undang-undang akan memberikan kesan negatif yang mana rakyat tidak akan menghormati undang-undang," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam di peringkat ini wajar bertindak tegas dengan segera.

"Cegah sebelum keadaan lebih buruk dan tidak terkawal. Jangan disebabkan nila setitik, rosak seluruh negara. Jenis manusia tidak tahu bersyukur dan tidak hormat undang-undang negara wajar diajar secukupnya".

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 16, 2013 at 1:29 PM

    Saya desak Kerajaan Pusat, tangkap segera petualang2 spt hishamudin rais, haris ibrahim, anwar ibrahim, lim kit siang, lim guan eng, tian chua, sivarasa, dan yg sewaktu dengannya, sebelum ia menjadi barah yg membawa parah kepada negara tercinta ini! hidup malaysia!!!! hapuskan petualang negara. melayu, india, yg cintakan keamanan bangkit dan lawan puak2 celaka nie, mereka hanya segelintir manusia yg tak tahu bersyukur tinggal dalam negara yg aman damai, makmur ini. ya Allah, musnahkan lah puak2 haram ni dari bumi malaysia.

share2