BENTONG – Tapak bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di atas tanah Kerajaan selama ini cuma dirizabkan sedemikian tetapi kini, Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) mahu menukarnya kepada status geran atau tanah hak milik pula.
Dan perkara ini akan menjadi antara kandungan utama dalam Manifesto BN Negeri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13), yang pasti ditunaikan apabila BN sekali lagi diberi kemenangan lalu kekal memerintah negeri selepas pilihanraya itu.
Inilah antara apa yang dikatakan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapan 40-minit melancarkan ‘Gelombang Biru Parlimen Bentong’ pada petang Khamis, 28 Mac lalu.
Yang kemudian diminta mengulasnya pada persidangan media yang diadakan pada penghujung majlis tersebut.
“Sekarang ni,” menurutnya, “Rumah-rumah ibadat orang bukan Islam (yang) terletak atas tanah Kerajaan, kita rizabkan sebagai (tapak) rumah ibadat untuk satu-satu kaum tertentu. Sedangkan rumah ibadat itu telahpun berada begitu lama.
“Atas kesedaran (serta semangat) 1Malaysia (yang dicetus dan diamalkan oleh) kepimpinan YAB Perdana Menteri, jadi kita menunjukkan bahawa kita (juga) prihatin. (Maka,) kalau kita menang pilhan raya (umum) ni esok, rumah ibadat tu – tapaknya kita beri geran, suratan hakmilik.
“Ini termasuk (dalam) manifesto, manifesto Barisan Nasional Negeri,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Kepada soalan lanjut wartawan tentang berkenaan premium ke atas tapak-tapak yang dberikan geran atau hak milik itu katanya, kalaupun dikenakan, ia akan bersifat‘biasanya, nominal sahaja’.
“Terpulang kepada Kerajaanlah – RM10,000 ke, RM1,000 ke, RM100 ke, RM10 ke ataupun RM1… Terpulanglah. Mungkin kalau rumah ibadat tu selalu didatangai oleh orang kaya-kaya, ha , kita boleh kena(kan) premium (yang relatif tinggi).
“Tapi kalau (rumah ibadat bukan Islam itu dikunjungi oleh) orang kampung, orang biasa, penoreh getah semua tu… (yang berpendapatan tidak besar) nak premium apa?” katanya lagi. -
Sumber
0 comments:
Post a Comment