Masalah PKR di Pahang ini bukan lagi satu isu kecil malah ianya sudah
diketahui satu Malaysia. Perbalahan sesama ahli sehingga Pengerusipun
boleh diejek secara terbuka oleh ahli ahli PKR sendiri di Indera
Mahkota.
Fauzi Abdul Rahman yang merupakan calon PKR
bagi Parlimen Indera Mahkota telah ditolak secara terang - terangan oleh
ahli - ahli PKR sendiri dihadapan Anwar Ibrahim. Dan sekarang, giliran
Timbalan Pengerusi pulak dimalukan oleh para pengikut PKR apabila
bantahan tersebut mula hangat diperkatakan.
Mereka
menganggap tindakan PKR Pusat menamakan calon dikawasan - kawasan
seluruh Pahang hanya ibarat calon 'Tangkap Muat' dan meminggirkan
pemimpin tempatan. Di Dewan Undangan Negeri Lanchang, perbalahan semakin
parah apabila orang luar diangkat sebagai calon sedangkan anak tempatan
disingkir.
Bagi mereka, ianya satu penghinaan apabila
pemimpin tempatan tidak langsung dipandang oleh kepimpinan PKR Pusat.
Bagaimana mereka mahu memperjuangkan rakyat? Selain menganggap Nizam
Hamid sebagai 'Orang Luar', mereka juga turut mendakwa Nizam tidak
pernah duduk sepentas dengan mana - mana orang PAS sebelum ini.
"Kenapa janji tidak ditepati macam sebelum ini . Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak KEADILAN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” dan orang Lanchang tidak kenal pun.
"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan penyokong tegar parti keadilan dan Pas di Lanchang . Kami akan pastikan calon Keadilan kalah teruk ," tambahnya lagi
Malah,
kata mereka, Nizam juga merupakan diantara mereka yang kuat membantah
pemindahan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS sebelum ini.
Perbalahan
yang kian meruncing ini menyebabkan Anwar terpaksa datang ke
Lachang petang tadi. Tetapi rasanya keputusannya tetap sama. Ahli PKR
Pahang sudahpun berkerat rotan dengan Anwar. Malah sudah berikrar
akan membantu bekas ahli PKR anak tempatan yang bertanding sebagai
diatas tiket bebas
0 comments:
Post a Comment