Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 12, 2013

Lahad Datu - Pakatan Semakin Terdesak


KITA sudah menang," isytihar seorang pegawai agensi keselamatan negara yang merujuk kepada kejayaan Malaysia menggagalkan ancaman besar pengganas Sulu di Sabah.

Beliau antara yang menerima maklumat awal tentang kehadiran kumpulan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, diterbangkan ke Sabah hujung minggu lalu untuk membantu operasi menggempur pengganas bersenjata itu.

Kini beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Berbanding minggu lalu, nada percakapannya lebih yakin dan bersemangat. Operasi kini bertumpu kepada menjejak tali barut dan orang penghubung.

Jika boleh dirumuskan, misi tak masuk akal menawan Sabah ini dilakukan oleh orang yang kecewa. Mereka terdesak untuk ‘mendapatkan sesuatu’ dalam satu komplot yang tentu sekali tujuannya adalah kepentingan politik.

Antara aktor utama yang tampil di permukaan ialah Nur Misuari, orang yang masih mengaku pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) walaupun telah lama disingkirkan. Aktor lainnya ialah Jamalul Kiram, orang yang menobatkan dirinya sebagai Sultan Sulu. Realitinya, kedua-dua orang ini hanyalah individu kecewa yang gagal dalam hidup mereka.

Gelaran pejuang Islam kepada Nur Misuari dan layanan istimewa dunia Islam khususnya Malaysia kepadanya hanya tinggal kenangan. Hubungan baik itu lebur apabila Malaysia mengekstradisi Nur Misuari ke Manila selepas ditangkap kerana memasuki Sabah secara haram.

Rakyat Mindanao sendiri menolak kepimpinannya. Bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao ini yang dianggap gagal membangunkan wilayah kelahirannya, dikaitkan pula dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.

Semasa dalam penjara, beliau mencuba nasib bertanding jawatan Gabenor Sulu tetapi kalah. Memang Nur Misuari tidak pernah serik untuk menjadi pemimpin besar selatan Filipina tetapi selalu sahaja takdir tidak menyebelahinya. Terbaharu, pengaruh Nur Misuari terus terhakis dengan kejayaan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia. Perkembangan itu sekaligus membatalkan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari pada 1986.

Kenyataan Nur Misuari juga berbelit-belit, berbau propaganda dan tipu muslihat. Beliau menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah tetapi pada masa sama menyatakan akan menghantar tentera membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.

Pengerusi MNLF, Muslimin Sema yang sama sekali tidak mahu dikaitkan dengan pencerobohan tersebut menegaskan, Nur Misuari hanya anggota biasa dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

“Kami tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah. Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. Ini juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya seperti dipetik Bernama.

Setelah kehabisan akal dan hujah, Nur Misuari mencipta dimensi baharu dengan menyerang Presiden Benigno Aquino kononnya bersekongkol dengan kerajaan Malaysia membunuh rakyat Filipina di Sabah. Kini, beliau melangkah ke peringkat seterusnya - memohon campur tangan antarabangsa bagi menghalalkan pencerobohan di Sabah itu. Memang jika niatnya mahu menarik perhatian antarabangsa, matlamat itu sudah dicapai. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah pun memberi respons yang dianggap menyebelahi kumpulan ini.

Lihatlah strategi dan cara mereka. Bukankah lagak mereka persis satu kumpulan di Malaysia itu?

Jamalul Kiram pula tidak ubah seperti si bendul yang kehilangan arah dan hanya mengikut skrip. Apa sahaja yang dia dan jurucakapnya katakan tidak berpijak di bumi nyata. Hari ini berkata akan terus berjuang dan sanggup mati, esok meminta gencatan senjata. Hari ini berkata akan berperang habis-habisan, esok menawarkan pula pertukaran tawanan yang sebenarnya tidak wujud pun.

Dialah orang yang mesti dipertanggungjawabkan terhadap pencerobohan berdarah di Sabah. Dialah pengganas dan pembunuh sebenar bukan sahaja pasukan keselamatan Malaysia malah rakyat dan keturunannya sendiri. Orang Suluk di Sabah telah menolaknya bahkan menentang tindakan bodoh Jamalul Kiram ini.

Peristiwa seorang pengikutnya dibelasah sehingga mati oleh penduduk Kampung Simunul, Semporna dan ikrar ketua-ketua masyarakat Suluk di Sabah untuk setia kepada kerajaan Malaysia dengan sendiri menyerlahkan dongeng Jamalul Kiram.

Lelaki berumur 74 tahun yang kos rawatan dialisisnya pun ditanggung kerajaan Filipina sepatutnya menjaga maruah diri. Ketidakmampuan Jamalul Kiram digambarkan sendiri oleh Aquino bagi memperkuat dakwaan Manila bahawa ada dalang di sebalik pencerobohan itu.

“Untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua bot digunakan dalam kejadian ini. Jadi dari mana dia mendapat dana untuk sewa bot dan bekalan makanan? Semua keadaan menjurus ke arah konspirasi," kata Presiden Filipina itu.

Keluarga dan pengikut Jamalul Kiram sepatutnya menuntut dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Dia telah memalukan bangsa Suluk. Dia telah memisahmisahkan jalinan persaudaraan yang selama ini terjalin.

Apa juga namanya komplot atau konspirasi, semua itu telah gagal. Rancangan mereka tidak menjadi umpama beranak di tengah jalan. Dan, bapa kepada anak yang cuba untuk menyembunyikan diri itu pula semakin terserlah identitinya.

0 comments:

share2