MAKLUMAN:

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat banjir di seluruh negeri Pahang dari masa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat Pahangku disetiap daerah seluruh negeri diminta membantu dengan menghantarkan maklumat serta gambar jika ada. Lebih mudah jika maklumat dan gambar-gambar berkenaan dihantar ke facebook FanPage PahangKu (Klik Sini)

Friday, January 11, 2013

Jihad Pertahankan Kesucian Agama Islam


Umat Islam di negara ini perlu menghalang sebarang cubaan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah demi menjaga kesucian agama Islam.

Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus berkata, dalam konteks negara ini, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.

Menurutnya, jika perkara itu dibenarkan dibimbangi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam terutamanya mereka yang gagal mendalami ilmu agama dengan baik.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah banyak pihak termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan, penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Gombak Setia menambah, adalah jelas takrifan perkataan 'God' yang digunakan orang bukan Islam sebelum ini merujuk kepada 'Tuhan' dan bukannya Allah.

"Kita tak boleh biarkan, kalau kita mampu halang, halanglah. Ini melibatkan kesucian agama kita," katanya.

Berhubung pendirian barisan kepimpinan pembangkang yang membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam selagi tidak disalahgunakan, Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

1 comment:

Anonymous said...

kenapa tak tarbiah ularmak2 yg berada dalam pas itu sendiri yg sanggup gadaikan akidah sendiri demi kerana putrajaya...????

bukannya duduk goyang kaki mintak org lain yg tolong pertahankan kalimah Allah sedangkan yg sanggup gadaikan akidah adalah dari parti dia sendiri iaitu pas...

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank