Friday, January 11, 2013

Ikut Ulama Bukan Presiden


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mahu semua penyokong dan ahli Pas berpendirian seperti golongan ulama di dalam parti tersebut iaitu kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam.

''Kalau hukum syarak, ikut ulama,'' katanya ketika ditanya mengenai pihak yang perlu disokong oleh penyokong-penyokong serta ahli-ahli Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah, hari ini.

Pas bersama-sama dua parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebelum ini bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat kalimah itu tidak disalahgunakan.

Keputusan bersama itu dibuat selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang, kelmarin.

Bagaimanapun golongan ulama dalam parti itu seperti Haron, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah hanya untuk agama Islam.

Malah, Haron dalam kenyataannya di sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini menyatakan beliau tetap tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain.

Sementara itu, dalam satu sidang video yang dimuat turun di laman perkongsian video YouTube pada 2010 berhubung isu yang sama Haron menegaskan perkataan Allah langsung tidak disebut di dalam Bible sebaliknya perkataan yang digunakan ialah God.


''Berbeza dengan al-Quran perkataan Allah disebut secara berulang-ulang beribu-ribu kali. Selain itu, kalimah Allah ini begitu dekat kepada kita sejak kita dilahirkan sehinggalah kita kembali kepada Allah.

''Allah yang kita kenali ini telah digambarkan secara jelas seperti firman Allah di dalam surah al-Ikhlas. Di dalam surah ini diterangkan Allah yang maha Esa. Diperjelaskan hanya Allah sahaja kita mohon pertolongan,'' ujarnya.

Di dalam surah itu lagi katanya, diterangkan Allah yang tiada anak dan Allah tiada diperanakkan serta ditutup dengan penjelasan Allah tiada bandingan dengan-Nya.

Di dalam sidang video itu, Haron turut melahirkan kebimbangannya kalimah Allah akan ditulis di gereja atau di salib sekiranya kalimah Allah dibenar digunakan penganut Kristian.

''Pada waktu itu amat tercemar nama Allah,'' katanya.

No comments:

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank