Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 17, 2012

AKAR UMBI PAS MENOLAK KEPIMPINAN YANG SUDAH LARI DARI PERJUANGAN SEBENAR




1.  Klip video ini adalah rakaman suara hati dari akar umbi Pas yang menyokong perjuangan Pas namun tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan yang sudah lari dari perjuangan sebenar. Pas dilihat sudah tidak lagi berada dilandasan sebenar yang memperjuangkan agama sebaliknya hanyalah perjuangan cita-cita politik para pemimpin mereka sendiri.

2. Terkini mereka meletakkan PutraJaya sebagai sasaran cita-cita mereka untuk jadi pemerintah. Kerana ingin berkongsi kuasa dan cita-cita itu para pemimpin Pas sanggup mengenepikan 'Hudud' dan 'membangun bersama Islam' sebagai perjuangan parti.

3. Kerana itulah kebelakangan ini kita lihat sudah semakin ramai ahli-ahli Pas yang sama ada secara terang atau senyap-senyap sudah meninggalkan Pas. Mereka sudah hilang percaya kepada perjuangan parti dan para pemimpin mereka kerana kata-kata yang berdolak-dalik.

4. Di Pahang, ahli Pas sudah semakin mengecil dan itu membuatkanTuan Ibrahim Tuan Mas semakin susah hati. Tuan Ibrahim terpaksa berhempas pulas membendung ahli-ahli Pas dari meninggalkan parti namun usaha itu keihatan tidak mungkin dapat dilakukan lagi kerana sudah terlewat. Rakyat dah ahli sudah kecewa dengan parti yang selama ini hanya mengharapkan sumbangan dari ahli tetapi dalam masa sama tidak memberikan apa-apa faedah kepada ahlinya.

5. Pas Pahang diramalkan akan kalah besar dalam PRU13 nanti. Demikian pandangan kebanyakan dari ahli Pas sendiri berikutan kecelaruan para pemimpin di peringkat atasan.

0 comments:

share2