Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 5, 2012

@SukanMsiaXVPhg : KDYM Tengku Mahkota Melawat Bilik Media


KUANTAN - Kesempatan turun menyaksikan perlawanan Bolasepak diantara Pahang dengan Terengganu petang semalam, KDYM Tengku Mahkota Pahang meluangkan masa melawat sekitar kawasan Stadium Darul Makmur.

Baginda turut berkenan melawat bilik petugas media yang juga berpusat di sekitar kawasan stadium sepanjang acara dijalankan.

Tengku Abdullah Ibn Tuanku Haji Ahmad Shah turut diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato' Wan Adnan bin Wan Mamat.

Selain itu, turut hadir dalam sesi lawatan petang tadi ialah YB Dato' Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan YB Dato' Mohammad Sahfri, Pengerusi Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

0 comments:

share2