Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 5, 2012

@SukanMsiaXVPhg : 11 Acara Dipertandingkan Sebelum Perasmian

Teakwando diantara acara yang sudah dijalankan sebelum Upacara Perasmian pada 7 Julai nanti
KUANTAN - Sebelas daripada 24 jenis sukan mula dipertandingkan sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 membuka tirai secara rasmi pada Sabtu ini.

Karate yang menawarkan 16 pingat emas merupakan acara paling awal dipertandingkan dan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 1 dan 2 Julai lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata taekwondo yang mula dipertandingkan semalam di UMP sehingga Jumaat ini menawarkan 16 lagi pingat emas.

"Acara perahu layar yang menawarkan 12 pingat emas akan mula dipertandingkan dari Jumaat ini hingga 11 Julai di Pusat Rekreasi Air Balok, Kuantan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.


Lapan lagi acara yang dipertandingkan sebelum upacara perasmian ialah bola sepak, berbasikal, hoki lelaki, boling, badminton, sepak takraw, tenpin bowling, bola tampar wanita dan bola tampar lelaki.

0 comments:

share2