Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 9, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Jadual Suku Akhir Perlawanan Bolasepak


KUANTAN - Selesai sudah perlawanan peringkat kumpulan bagi acara pertandingan bolasepak Sukan Malaysia 2012 Pahang semalam.

Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir adalah Perak, Kedah, Perlis Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Negeri Sembilan.

Jadual perlawanan suku akhir akan dimulakan pada 10 Julai (Selasa) jam 4.45 petang yang menyaksikan perlawanan diantara Perak bertemu Kedah, Perlis bertemu Selangor dan Wilayah Persekutuan bertemu Terengganu.

Perlawanan akan diadakan di Padang MPK 1, Padang MPK 2 A dan B.

Bagi pasukan Pahang pula, mereka akan bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan pada hari sama jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur.

Ayuh seluruh warga Pahang. Sama - sama kita gegarkan Stadium Darul Makmur dengan sorakan agar pasukan Pahang mara ke peringkat seterusnya.

0 comments:

share2