Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 22, 2012

Tangani Kutu Rayau


BANDAR TEMERLOH - Orang ramai meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya dengan menghantar mana-mana kutu rayau atau golongan tidak berumah ke pusat jagaan tersedia.

Peniaga, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata, dia mendapati ada seorang orang kurang upaya (OKU) seperti tiada berumah dan tinggal di kaki lima yang menyeberang jalan tanpa mengira faktor keselamatan.

Menurutnya, jika ada pemandu tidak perasan dan memandu secara laju, keadaan itu boleh menyebabkan kemalangan.

“Kita kasihan dengan kehidupan OKU itu yang tidur di kali lima dan mengharapkan belas ihsan orang ramai. Kita harap OKU itu dihantar ke rumah kebajikan supaya kehidupannya lebih terjamin dan selamat,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Siti Zauwiyah Mahmud, 46, berkata, kadangkala dia memberi makanan kepada OKU itu kerana simpati.

Menurutnya, dia juga bimbang kerana OKU itu akan bergerak ke merata-rata tempat di sekitar bandar ini dan melintas jalan dengan mengesot.

“OKU itu bergerak perlahan. Jika berlaku kemalangan, siapa harus dipersalahkan?

Kenderaan di sini pula dipandu laju. Biarlah OKU itu tinggal di tempat selesa dan ada pihak menjaga makan, minum serta pakaiannya,” katanya.

0 comments:

share2