Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 8, 2012

Jalan Akan Dibaiki - TNB


MENTAKAB - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan projek memasang kabel sistem sokongan di sekitar kawasan perumahan Taman KSM, di sini, membabitkan nilai RM640,000.

Pengurus Kawasan TNB daerah, Effendi Abd Rahman berkata, projek itu membabitkan laluan kabel sepanjang 13 kilometer dan seramai 17,000 pengguna di sekitar kawasan perumahan tersebut.

Menurutnya, projek dimulakan tiga minggu lalu dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung Julai depan itu akan memberikan tambahan kuasa untuk memenuhi keperluan penggunaan tenaga yang semakin tinggi.

“Sepanjang kerja pemasangan kabel, ada beberapa jalan raya akan dikorek, namun TNB memberi jaminan semua jalan terbabit akan dibaiki secepat mungkin.

“Kerja pemasangan kabel ini dijangka siap Julai depan, manakala kerja baik pulih jalan akan dilaksanakan sebaik sahaja ia selesai,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, penduduk terbabit diharap dapat bersabar sepanjang pelaksanaan projek itu.

Menurutnya, kerja menambah sokongan sistem itu perlu dilakukan memandangkan perumahan terbabit dan kawasan sekitar semakin padat dengan penduduk.

“TNB memberi jaminan kerosakan jalan dalam taman akan dibaiki segera selepas mereka selesai memasang kabel,” katanya.

0 comments:

share2