Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 22, 2012

Nik Aziz Terus Memburukkan Nama Islam


Dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-37 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, Nik Aziz ditanya bagaimana dengan hak pengundi bukan Islam jika bagi pengundi Islam mesti memilih parti yang berasaskan Islam.

Menurutnya, bagi hak pengundi bukan Islam boleh mengundi mana-mana parti dari Pakatan Rakyat yang telah bersama dengan PAS.

Ini kerana, katanya kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh PAS seperti mengharamkan arak, judi serta menentang rasuah.

“PAS kini bersama Pakatan Rakyat dan dalam pakatan itu ada yang Islam dan bukan Islam. Hak tidak Islam boleh undi pakatan.

“Pakatan Rakyat telah melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh PAS. Haram arak, tidak boleh judi, rasuah tidak boleh. ‘Benda’ (perkara) ini benda yang memberi manfaat kepada manusia,” ujarnya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa Umno sebuah parti yang menolak Islam sebagai dasar kerana telah menjadikan ‘kebangsaan’ sebagai dasar partinya.

Katanya, dasar kebangsaan yang diterima pakai oleh parti Umno sejak ditubuhkan bukan termasuk dalam ajaran Nabi Muhamad SAW iaitu Islam.

“Mengundi BN (Umno) tidak lulus Islamlah. Dasar BN, ‘dasar kebangsaan’. Dasar Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke Syurga, kerana dasar ini (kebangsaan) bukan ajaran Nabi Muhamad SAW, ajaran Nabi Muhamad ialah Islam,” tegasnya.

Umat islam sendiri tahu Nik Aziz bukannya mempunyai kuasa apa apa. Apatahlagi untuk menentukan kemana tempatnya seseorang itu selepas mati. Sudahlah Nik Aziz. Nak tipu ahli PAS sendiri bolehlah. Tapi kalau nak tipu umat islam, jangan haraplah umat islam akan percaya. Munafik sungguh Nik Aziz ni.

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 9:02 AM

    Di akhir zaman terdapat golongan yang menjadikan agama itu sebagai jual beli demi kepentingan diri sendiri...sesungguhnya merekalah golongan yang dilaknat ALLAH...kepada pengikut nik aziz gunalah akal dan pegangan agama kamu adakah pkr dan dap itu benar2 menegakkan islam atau mempermainkan islam...

share2