Oleh Beruang Biru
Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan
di muka surat 8, dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang
ibu, Lai Kwan mencium anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya
belum mahu mati!’. Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta
perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang
lalu. Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di
kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.
Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan
Malaysia memohon sumbangan RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi
menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE.
Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.
Persoalannya di sini, dari manakah datangnya
dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew
dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000?
Persoalan keduanya ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan
memburukkan Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap Lynas. Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan
orang ramai?
Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan
tersebut ialah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih
publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang
bukanlah masalah langsung bagi mereka.
Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang
membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk
menggerakkan demonstrasi, mengedar T.Shirt, risalah, poster, banner dan
sebagainya. Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi
yang diadakan.
Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di
Bukit Merah, kita akan mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh
perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia
biasa. Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang
mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika
dan beberapa negara lagi.
Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di
Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam
menangani sisa buangan toksik. Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah
antara tahun 1985 hingga 1992, Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan
secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari
kilang ARE.
Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain
selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.
Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas
dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai
bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang
dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv
setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).
Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan
bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh
pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.
Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa
depan, sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran
nadir bumi. Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj
ekonomi negara sendiri.
Kewujudan dana yang besar serta usaha yang
berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina
dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak
wasangka kita terhadap mereka
Walau apapun agenda mereka, tindakan
parti-parti politik pembangkang yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah
mengukuhkan lagi imej pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.
0 comments:
Post a Comment