Walaupun beberapa
tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga
kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon
kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan
telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang
bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti
kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana
pihak.
Untuk itu juga, SPR
telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes
pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti
juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR
memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama
setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian
sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini
serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di
negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan
undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan
undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat
bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam
satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah
bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun
ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di
negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans
sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita
semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan
penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam
demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
Namun, yang paling
mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh
kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari. Apakah kena mengena
tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh
kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi
dan pengiraan undi?
Tidakkah Bersih tahu
bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi
punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei
1969?
Apakah Bersih tidak
belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka
tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan
rusuhan semata-mata.
Jika dilihat dari himpunan-himpunan
yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan
kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau
telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat
dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang
dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan
menggugat keamanan negara.
Bayangkan jika ucapan
atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka
adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang
dalam skala yang lebih besar.
Dan inilah sebenarnya
matlamat Bersih.
Hanya orang-orang
dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak
menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah
pengkhianatan terhadap negara sendiri.
Dari satu sudut,
dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya
membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.
Manakan tidak,
sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi,
menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian
rakyat. Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme
secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat
handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan
tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.
Rasuah politik yang
konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang
sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh
golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung
asalkan dapat wang dan jawatan.
Bagaimana Bersih akan
dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor
sekali? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut.
Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin
menyamak diri sendiri.
Justeru, tidak usahlah
Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.
Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana
dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan
yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk
membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.
Akhirnya, semua ini
menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara.
Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….
0 comments:
Post a Comment