Para peneroka yang sangsi terhadap usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia dinasihatkan tidak menerima tawaran membeli saham tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin turut meminta mereka yang berkenaan tidak mengambil pemberian 'durian runtuh' yang kini diagih-agihkan kepada para peneroka.
"Dakwaan kononnya FGVHB akan mengalami kerugian selain aset termasuk tanah peneroka hilang dan mereka akan bankrap adalah tidak benar sama sekali. Pada awal penyerahan nanti, harga saham FGHV akan terus meningkat berkali ganda dan mereka yang membeli saham bakal mendapat keuntungannya setiap tahun hasil dari pelaburan tersebut."
Selain dari mendapat hasil daripada ladang sendiri, peneroka akan terus menikmati bonus hari raya, pinjaman perumahan tanpa faedah, bayaran intensif ladang serta program memperkasakan generasi kedua Felda.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan duit "durian runtuh" berjumlah RM4.6 juta ringgit kepada lebih 900 peneroka Felda Bukit Damar dan Lakum baru baru ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang menasihati peneroka yang mendapat durian runtuh supaya melabur sebahagian wang tersebut untuk jaminan masa depan dan bekalan hari tua.
"Penyenarai syarikat itu pula pada bulan hadapan akan memberi manfaat dan keuntungan jangka panjang kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara. Ia amat dinanti nantikan oleh syarikat antarabangsa kerana ternyata memberikan keuntunganberganda dan FGVH pasti akan menjadi sebuah konglomerat berjaya di dunia," katanya/
0 comments:
Post a Comment