Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 25, 2012

EGM Majlis Peguam Tidak Sah....



 
Oleh: Beruang Biru
 
 
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir.  
 
Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah  menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.  Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.
 
Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.  Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira.  
 
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar ‘chambering’ di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.   Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah.  
 
Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.  Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.  Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah. 
 
Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang?   
 
Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat.  
 
Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah.  
 
Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka.  
 
Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka.  Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.  
 
Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti.  
 
Mungkin Majlis Peguam perlu ‘merasa ubat mereka sendiri’ (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini.   
 
Apabila Ambiga ‘disuapkan’ dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta.  
 
Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya.  
 
Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai ‘keganasan polis’.  Apa kata Lim Chee Wee?
 

0 comments:

share2