Ketika ini sedang berlangsung Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang, 29 Februari dan 1 Mac. Pahang terima RM 2.33 billion projek ECER membuktikan Pahang menjadi pilihan pelabur tempatan dan asing. Kemasukan pelabur baru ini menunjukkan keyakinan tinggi pelabur kepada Negeri Pahang walaupun ketika ini suasana ekonomi global semakin mencabar dan mengalami kemerosotan akibat pergolakan di Asia Barat dan krisis kewangan di Negara Eropah.
Dakwaan pembangkang bahawa Negeri Pahang ‘bangkrap’ adalah tidak benar kerana Negeri Pahang tetap menjadi pilihan pelabur. Pembangkang tugasnya hanya membangkang sahaja tetapi sebenarnya mereka irihati dengan kemajuan dan kejayaan Tranformasi Ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Bagi pembangkang, semua kerja yang dilakukan oleh kerajaan tiada satu pun yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Pembangkang mengatakan Negeri Pahang kurang kemasukan pelaburan namun dalam masa yang sama mereka mencemuh kemasukan pelaburan seperti Lynas.
Pembangkang sanggup lakukan apa sahaja berdasarkan ‘auta bukan fakta’, mereka mencemuh dan mengkritik secara berterusan tanpa jemu. Orang ramai jangan mudah terperdaya dengan mainan pembangkang yang suaranya hanya kecil tetapi jeritan dan pekikan mereka seolah-olah mereka ramai. Tahniah Kerajaan Negeri Pahang kerana berjaya menarik pelabur membuat pelaburan secara konsisten sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
0 comments:
Post a Comment