Majlis Perasmian Karnival Bio-ICT Pahang 2012 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 02 Mac 2012 (Jumaat)di Hotel Zenith Kuantan.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapannya dihadapan 1,000 peserta, beliau menggesa semua pihak menerokai bidang ICT jika tidak kita akan ketinggalan dan negara tidak maju.
Dunia ICT kini bergerak pantas dan kita perlu juga pantas menguasainya kerana ICT mampu menjana ekonomi, tegasnya. Pencapaian Negara Islam dalam bidang ekonomi tidak membanggakan kerana menjadi negara pengguna bukan negara pengeluar.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata "semua pihak diharap meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT berinovasi dan mereka cipta kerana ianya mampu menjana pendapatan baru. Semua pihak juga perlu melakukan Tranformasi dengan mencari jalan untuk berubah bagi mendapat pulangan ekonomi".
Menyentuh tentang Bioteknologi, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata "manusia berlajar dari alam dan haiwan". Bioteknologi bukan sesuatu yang baru, majun yang dimakan oleh orang terdahulu dari kita adalah salah satu dari Bioteknologi sebab itu umur mereka panjang. Beliau turut menjelaskan tentang makanan di dalam hutan, buah apa yang boleh dimakan oleh beruk maka buah itu kita boleh makan.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob di akhir ucapannya berkata beliau memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri membangunkan dan memastikan Bio-ICT Negeri Pahang berjalan dengan lancar dan baik.
0 comments:
Post a Comment