Dengar biar jelas dengan hati dan akal yang terbuka bagaimana DAP menghalang Pas dan Islam berkuasa terhadap agama
Apa lagi pemimpin Pas dapat katakan tentang perjuangan Islam dan hukum hudud yang mereka perjuangkan dalam pakatan pembangkang? Sah dan nyata bahawa mereka tidak dapat dan tidak akan dibenarkan melaksanakan apa pun tanpa persetujuan kongsi utama mereka, DAP.
Namun sikap pemimpi Pas dihadapan pengikut mereka sentiasa merujuk kepada perjuangan Islam yang kononnya gagal dilaksanakan oleh UMNO didalam Barisan Nasional selama ini. Apakah mereka buta mata dan hati dengan apa yang telah UMNO laksanakan sepanjang pemerintahannya selepas kemerdekaan?
Demi membangunkan Islam, UMNO telah membina beratus-ratus mesjid serta surau-surau disegala ceruk rantau dimana saja ada orang-orang melayu. Sedangkan Pas yang siang dan malam menyebut perjuangan Islam hanya mampu membina 2 buah masjid di negeri Kelantan selama lebih dari 20 tahun mereka memerintah. Jadi, siapakah sebenarnya yang perjuangkan Islam? Dan siapa pula yang mengadaikan nama Islam demi perjuangan politik kepartian mereka?
Mengundi Pas adalah memberikan kuasa kepada DAP sedangkan mengundi MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti didalam BN adalah memberikan kepercayaan kepada DS Najib yang memimpin UMNO dan memperjuangkan Islam untuk pentadbiran dan halatuju negara.
0 comments:
Post a Comment