DS Shahrizat Jalil mengumumkan akan melapaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Ada yang memberi komen sinis bahawa sebenarnya beliau tidak disambungkan perlantikannya sebagai senator. Itu memang benar, namun pernyataan beliau untuk melepaskan jawatan berkenaan adala satu isyarat kepada PM supaya tidak perlu lagi untuk menyambung kontraknya sebagai senator seterusnya memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita.
Sakmongkol47, bekas ADUN BN yang semakin hari semakin condong fikirannya kepada DAP seakan menyindir DS Shahrizat Jalil dengan mengisahkan diblognya tentang seorang wanita yang menangisi kepergian DS Shahrizat Jalil dari jawatan yang disandangnya. (Klik Sini) Itu sangat wajar kerana berapa buruk sekalipun pandangan terhadap DS Shahrizat pasti beliau juga sudah memberikan jasa dan baktinya jika tidakpun kepada seluruh rakyat, pasti ada sebahagian kecil yang sudah mendapat sumbangan jasa bakti beliau dan pastinya hati mereka tersentuh.
Kita tidak hendak mengulas DS Shahrizat dalam isu NFC kerana isu berkenaan sudah dibawa keperingkat pendakwaan dimahkamah. Soal siapa benar dan siapa salah hanya akan diputuskan oleh mahkamah kemudian, Kita tidak perlu membuang banyak masa untuk menentukan siapa bersalah dan apa hukuman yang akan dikenakan kelak kerana kita masih percaya kepada kebebasan dalam perundangan.
Tidak perlu kita mengheret sekali rakyat untuk menjadikan ini isu rakyat dan negara. Kita tidak perlu meminta rakyat menjadi hakim dan membentuk 'mahkamah rakyat' seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim menjelang keputusan mahkamah dalam kempen 901-nya dulu.
Cuma sepekara yang kita perlu ingat. Jika seeorang pemimpin itu melakukan kebaikkan, walaupun sedikit sudah pasti ada yang akan mengenangnya dan menangisinya. Apakah ada sesiapa di DUN Pulau Manis yang menangisi kepergian wakil rakyatnya yang tidak dicalonkan semula dalam PRU lalu? Kenapakah tiada yang menangisinya? Apakah yang dilakukan dalam perjuangannya untuk rakyat setempat selama beliau mewakili rakyat di DUN-nya?
Mungkin wajar penduduk di DUN Pulau Manis tidak menangisinya, bahkan mungkin lebih ramai yang merasa gembira dan bernafas lega. Wakil Rakyat haruslah menumpukan khidmatnya kepada rakyat. Jikalau beliau gagal di sini, walaupun kemana beliau pergi (Bentong (?)) beliau tetap akan tetap gagal kerana beliau bukanlah dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan mewakili rakyat.
Baca juga "Transformasi: Mengirai Musuh Dalam Selimut, Membuang Duri Dalam Daging"
Baca juga "Transformasi: Mengirai Musuh Dalam Selimut, Membuang Duri Dalam Daging"
0 comments:
Post a Comment