Pihak pembangkang
khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng,
Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.
Penyokong pembangkang
serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang
projek tersebut.
Tujuan utamanya ialah
untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih
RM700 juta bagi negeri Pahang.
Bermacam-macam tohmah
dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek
tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko
bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang
dilombong dari Australia.
Bagaimana pihak
kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab
dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa
kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa
oleh pembangkang.
Malah ahli parlimen
Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah
mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan
pemantauan yang mengikut prosedur.
Sekaligus kenyataan
yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli
menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan
kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Jka dikaji sejarah
kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan
PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai
penubuhan kilang Lynas.
DAP mahu menampakkan
bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan
sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.
Ini terbukti dengan
kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan
atau di Kuala Lumpur.
Lebih daripada 90
peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir
kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.
Ini membuktikan bahawa
wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.
Menurut sumber dalaman
kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen
mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.
Dana tersebut
dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara
pengeluar terbesar nadir bumi dunia.
Kalau tidak masakan
Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun
dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.
Semuanya ini
memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak
yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di
Gebeng.
Ertinya DAP dan PKR
telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim
pelaburan Malaysia.
Tindakan Fuziah dan
kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara
mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana
yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat
yang dipergunakan.
PAS telah menghidu
agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan
sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.
Hakikatnya kempen
anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak
pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan
politik di negara ini.
Pembangkang akan
menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol
dan didokong dana besar negara asing.
mohon pautkan link kami dari bumi kenyalang tuan blog budiman. salam dari sibuti-selamanya.blogspot.com
Rakyat Malaysia yang terima dana asing dan digunakan untuk eka nimenjatuhkan pemimpin2 negara adalah mereka yang menderhaka kepada negara..bole belahlah mer