Bukan jadi rahsia lagi bahawa adanya dana asing disebalik penajaan demonstrasi anti Lynas dan Himpunan Hijau yang mendalangi Fuziah 'Thoron', Ahli Parlimen Kuantan yang malas berkerja untuk penyokong dan pengundinya selama ini.
Walau telah beberapa kali diperbetulkan fakta bahawa kilang memproses 'nadir bumi' Lynas di Gebeng itu bukanlah logi Nuklear, namun Fuziah Salleh tetap membebalkan diri serta terus membohongi rakyat mengatakan bahawa kilang Lynas itu tetap berbahaya.
Kita simpati dan merasa kasihan kepada rakyat khususnya penduduk sekitar Kuantan kerana kebodohan mereka telah diambil kesempatan oleh seorang Ahli Parlimen semata-mata untuk melaksanakan agenda peribadinya sendiri tanpa memikirkan kepentingan penduduk dalam meningkatkan ekonomi mereka.
Mungkin Fuziah tidak bimbang tentang segela perbelanjaan besar ketika mendalang beberap siri demonstrai berkenaan kerana beliau mendapat sumber kewangan yang cukup, bahkan berkemungkinan juga mampu membiayainya untuk beberapa ketika, namun bagaimana dengan mereka yang menyertai himpunan berkenaan kerana terpaksa meninggalkan tugas dan tanggungjawab mereka dan kehilangan pendapatannya.
Berikut, kenyataan mengenai bantuan dana asing bagi menganjurkan demo-demo dan perhimpunan-perhimpunan anti Lynas seperti diblog mykmu.net:
TEMPE PANAS!! DANA ASING DI SEBALIK HIMPUNAN HIJAU ANTI-LYNAS!
March 14, 2012 · 0 Comments
26 Februari lepas satu demonstrasi Hijau telah di adakan di Kuantan, Kuala Lumpur & Pulau Pinang sebagai protes terhadap pembangunan kilang pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Kilang & loji pemprosesan milik syarikat Lynas Coporations LTD itu dikatakan akan menghasilkan radioaktif yang membahayakan kesihatan & boleh memberi kesan buruk terhadap manusia & alam sekitar.
Protes tersebut adalah lanjutan kepada beberapa siri bantahan sebelum ini yang dipelopori oleh ahli parlimen Kuantan, Dr. Fuziah Salleh dari PKR.
Demonstrasi yang sama juga berlaku di Taiwan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia keturunan Cina yang belajar & bekerja di sana.
Bagaimanapun menurut sumber, penentangan terhadap kilang nadir bumi di Gebeng, Kuantan itu sebenarnya digerakkan oleh pihak luar yang bermotifkan penguasaan ekonomi & kawalan monopoli terhadap bahan nadir bumi untuk keperluan pasaran dunia.
Bahan nadir bumi diketahui unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain.
Mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.
Sumber itu turut menjelaskan, sekurang-kurangnya 2 kali pemindahan dana bernilai jutaan dolar Amerika telah dilakukan bagi menggerakkan penentangan besar-besaran terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi milik syarikat Lynas.
Patutlah apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dari PAS menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng adalah selamat dan tidak mendatang mudarat, terus mengundang reaksi negatif dari pemimpin politik & NGO yang menyokong gerakan anti-Lynas.
Tidak syak lagi beberapa siri demonstrasi anti-Lynas yang berlaku dalam negara sejak setahun lalu bukan saja bermotifkan politik sempit semata-mata malah lebih dari itu rupanya ada udang di batu.
0 comments:
Post a Comment