Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 5, 2012

BENGKEL-BENGKEL DI KONVENSYEN EKONOMI PAHANG

YB. Dato' Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsuddin, Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi
moderator cluster bengkel ICT dan Bioteknologi


1. Selama 2 hari Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang berlangsung, sebanyak 9 cluster @ sektor utama mengadakan bengkelnya, bersama berbincang bagi menentukan hala tuju berdasarkan peranan dan pengalaman masing-masing yang akhirnya dirumuskan untuk dibawa kepertimbangan Kerajaan Negeri seterusnya dilaksanakan dengan satu tujuan, iaitu melakuka transformasi ekonomi Negeri Pahang.

2. Penulis menyertai beberapa cluster meskipun dalam waktu yang singkat namun dapat merasakan bahawa mereka yang terlibat sungguh serius dalam perbincangan dan mengambilnya sebagai tanggungjawab kepada negeri, rakyat dan masa depan generasi akan datang.

3. Cluster ICT dan Bioteknologi berjalan dalam suasana yang sungguh mesra, ceria dan penuh harapan. Pesertanya kebanyakan dalam usia muda yang terlibat secala langsung dalam ICT. Banyak pandangan bernas yang dilontarkan sepanjang bengkel berkenaan dan saya merasakan bahawa ekonomi masa depan negari juga akan banyak bertitik tolak dari sini. 






4. Bengkel di cluster Pelancongan juga tidak kurang menarik namun ada terasa sedikit kepanasan namun mujur moderator tidak membiarkannya dan terikut-ikut dengan rentak yang dibawa.  Banyak persoalan yang masih belum menemukan jawapan. Leibh banyak perbincangan dan lawatan ke destinasi-destinasi pelancongan untuk bertemu dengan pemain-pemain utama industri berkenaan harus dilakukan. YB Dato' Shafik Fauzan perlu lebih banyak mendengar bukan sahaja dari pegawai-pegawainya bahkan juga dari pemain dalam industri pelancongan untuk mendapatkan gambaran sebenar dan merangka arah tuju pelancongan Negeri Pahang.

Banyak suara-suara berpendapat bahawa pelancongan Pahang sudah kaku dan tidak lagi berkembang. Beberapa destinasi pelancongan  yang sudah mati harus dipulihkan kembali seperti Tasik Chini dan Tasik Bera, Taman Rimba Kenong, Taman Negeri Endau Rompin serta Pantai Cherating. Saya percaya banyak yang boleh dilakukan jika punca masalahnya benar-benar digarap. Tugas berat untuk Dato' Shafik sedang menantinya.



 YB Dato' Shafik Fauzan sedang menjawab beberapa soalan yang dikemukakan


5. Di cluster Seni Kreatif, saya melihat ianya berlangsung dalam suasana serius namun dingin, Mungkin kerana terdiri dari kalangan penggiat seni yang lebih banyak berkata-kata dengan emosinya. Tidak banyak pandangan dan idea baru yang ditonjolkan. Harapan mereka hanyalah untuk melihat sebuah lagi galeri seni yang bertaraf negeri diujudkan bagi menambah bilangan yang sedia ada. Selain itu, pinjaman dan dana untuk penggiat seni dipohonkan bagi menggalakkan mereka terus berkarya selain dari sumbangan penghargaan sebagai motivasi dalam berkarya.

YB. Dato' Wan Adnan b. Wan Mamat, Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan, 
moderator bengkel Seni Kreatif


0 comments:

share2