Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 20, 2012

Jawatan Kosong Di MUIP Pahang


Berita baik buat Al - Hafiz yang berada di Negeri Pahang. Majlis Agama Islam Negeri Pahang (MUIP) menyediakan peluang pekerjaan kepada 12 calon bagi jawatan Guru Hafiz Al - Qur'an Masjid.


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- 

1.1 Warganegara, kelahiran Negeri Pahang atau pemastautin di Negeri Pahang sekurang-kurangnya 7 tahun ; 

1.2 Mempunyai kelulusan Ijazah / Diploma / Sijil di dalam pengajian Tahfiz Al-Quran yang 
diperakui oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ; 

1.3 Hafal 30 juzu’ Al-Quran dan menguasai Qiraat Sab’ah ; 

1.4 Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun ; 

1.5 Sihat tubuh badan dan disahkan oleh pegawai perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan ; 

1.6 Berkebolehan mengajar kaedah menghafaz dan membaca Al-Quran bertajwid ; 

1.7 Lelaki ; 

SYARAT LANTIKAN BAGI JAWATAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT :- 

Pemilihan :  Pemilihan calon akan dibuat melalui proses temuduga. 

3. Kontrak : 

i) Calon-calon yang berjaya dikehendaki menandatangani satu kontrak perkhidmatan dengan 
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ; 

4.   Cara-Cara Memohon :

i) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MUIP yang boleh didapati di Pejabat 
MUIP Cawangan Daerah, Pejabat Saham Wakaf Pahang, Kuantan dan Majlis Ugama Islam 
dan Adat Resam Melayu Pahang, Pekan. atau melayari portal rasmi www.muip.gov.my.

ii) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan-salinan sijil dan dokumen yang disahkan. 

iii) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :- 

           TIMBALAN YANG DIPERTUA, 
           MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM 
           MELAYU PAHANG, 
           KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS), 
           26600 PEKAN

Kepada sesiapa yang berkelayakan, boleh mengisi borang melalui link dibawah dan menghantarnya sebelum tarikh tutup yang tertera.





Image Source : http://4.bp.blogspot.com

TARIKH TUTUP: 29 FEBRUARI 2012

1 comments:

  • oldman says:
    February 20, 2012 at 10:03 AM

    Rakyat Kelantan jua di beri pertimbangan khas mungkin lebeh istimewa dari anak pahang sendiri..

share2