Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 20, 2012

Hasan Ali ‘Gegar’ Kubu Kuat PAS


Siapa sangka Dr Hasan Ali Berjaya menembusi Jengka, kubu kuat Tuan Ibrahim Tuan Man. Seramai 3,500 orang membanjiri perkarangan Mini Stadium Jengka. Pengunjung dilihat tidak berganjak dari kerusi dari awal hingga ke akhir ceramah.

Dr Hasan Ali kini bergerak atas perjuangan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja) dan mahu menghancurkan parasit yang berada di dalam PAS dan mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Hasan Ali menyeru kepada penduduk Jengka supaya tidak memberi undi kepada DAP, PKR dan Parasit dalam PAS. Beliau kecewa dengan kepimpinan PAS yang taasub kepada Anwar dan DAP menyebabkan PAS tersasar dari perjuangan asalnya dan banyak kesilapan yang dilakukan.

Tindakan Tuan Ibrahim yang mahu Hasan Ali meletak jawatan sebagai ADUN Sri Gombak menggambarkan Tuan Ibrahim juga tunduk kepada sekutunya DAP dan PKR berbanding dari mempertahankan Hasan Ali yang telah tiga tahun lebih memegang jawatan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Akhirnya portfolio Hal Ehwal Agama yang dipegang PAS jatuh ke tangan PKR.

Hasan Ali berkata dalam ceramahnya “beliau kecewa kerana perjuangan beliau untuk mempertahankan akidah dihalang oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mereka difitnah kononnya Gereja Methodist Damansara Utama diserbu sedangkan ianya adalah pemeriksaan sahaja” jelas Hasan Ali.

Hasan Ali juga kecewa kerana Anwar seperti menyokong Israel menyebabkan Negara-negara Islam yang lain tidak puas hati dan marah. Apa yang penting, Hasan Ali mahu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sedar dengan mainan dan taktik licik DAP dan tidak mahu orang Melayu terperangkap.

0 comments:

share2