Hari esok 10 Februari 2012, adalah hari terakhir penerimaan borang BR1M. Orang ramai yang lewat menghantar borang masih boleh menghantarnya pada hari ini atau esok di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
Borang permohonan BR1M boleh diperolehi secara PERCUMA di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat" - Ucapan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012.
BR1M adalah satu daripada Produk 1Malaysia sebagai tanda kasih pemimpin kepada rakyat. Jangan lepaskan peluang...
0 comments:
Post a Comment