Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 5, 2012

Kerajaan Tidak Pernah Abaikan Rakyat


Kerajaan negeri tidak mengabaikan keperluan dan kebajikan rakyat, malah, sentiasa mengambil berat bagi membentuk serta menjana komuniti luar bandar yang progresif melalui aktiviti pembangunan lestari.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Mohamad Shahrom Osman berkata, salah satu agensi yang terlibat aktif dalam usaha itu ialah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang mendominasi tanggungjawab terhadap usaha meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan pedalaman.

Jelasnya, di Pahang kerajaan negeri membelanjakan RM5.3 juta untuk projek tanaman semula seluas 1,253 hektar getah tahun lalu termasuk bekalan baja kepada pekebun kecil di bawah Bantuan Tanam Semula RISDA.

''Bantuan yang disalurkan ini bukanlah sedikit, jadi diharap para pekebun kecil menggunakan bantuan itu sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran kempen Gerakan Membaja dan Tanam Semula Getah di Kampung Teknologi Batu Sembilan dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah RISDA Pahang, Md. Tahir Osman dan Ketua Kampung Batu Sembilan, Akmar Abdul Hamid.

Menurut Mohamad Shahrom, sekiranya pelaksanaan pembajaan itu diabaikan dan tidak dilaksanakan secara berjadual, ia akan menyebabkan kebun getah hanya mampu menghasilkan sebanyak 50 peratus daripada potensi hasil.

Katanya, Kempen Gerakan Membaja yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu mampu mengembalikan hasil getah berada pada tahap terbaik.

Justeru, katanya, langkah itu dapat meningkatkan lagi produktiviti kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil dan seterusnya memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat dalam Model Ekonomi Baru (MEB).

0 comments:

share2