Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2011

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

DSD YAB Adnan Yaakob ketika ucapan penggulungan


1. Semalam, 12hb.Disember 2011 berakhirnya Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Sesi ke-3 Penggal ke-4 Tahun 2011 selepas bersidang beberapa hari bermula dari 5hb.Disember lalu.

2. Sidang kali ini adalah bagi membentangkan Bajet Bagi Tahun 2012.

3. Dalam Ucapan Penggulungan / Penutupnya MB Pahang, YAB. Dato Sri DiRaja Hj. Adnan Yaakob sekali lagi menekan bahawa projek Lynas yang dijadikan isu politik oleh Pihak Pembangkang selama ini adalah selamat dan bahkan memberikan faedah ekonomi bukan sahaja kepada negeri bahkan kepada rakyatnya dengan membuka ribuan peluang-peluang pekerjaan.

4. Kesungguhan MB Pahang dalam usaha menjelaskan isu berkenaan kepada ahli-ahli dewan sebanyak 2 kali, iaitu pada ucapan pembentangan dan penggulungan dilihat sebagai usaha bersungguh-sungguh beliau dalam menangani isu berkenaan.

5 Berikut adalah sebahagian petikan dari teks ucapan beliau yang menyentuh mengenai Lynas. (Sila klik Sini untuk teks penuh)

51.        Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyentuh tentang pelaburan Syarikat Lynas yang telah dijadikan isu oleh pihak pembangkang dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membenci Kerajaan. Syarikat Lynas akan memproses apa yang disebut sebagai Tanah Jarang atau Tanah Nadir atau Rare Earth. Ianya telah dimomok-momokkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mereka sendiri saja tahu motifnya dengan mencucuk rakyat, menghasut rakyat membenci Kerajaan. Lynas telah dijadikan satu isu sedangkan ianya bukan isu bahkan ia adalah serupa dengan lain-lain pelaburan yang ada di Gebeng.

Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,

52.        Tanah Jarang ini adalah satu bahan yang sangat bernilai dan sangat berharga. Aplikasinya sangat luas. Ianya digunakan dalam wind turbine, hybrid car, electronic appliances, energy saving bulb. Kesemuanya ini menjurus ke arah green technology.  Selain dari itu rare earth ini boleh digunakan juga untuk pembuatan enjin jet kapalterbang, selain dijadikan peralatan persenjataan termasuk untuk membuat missile head ataupun kepala peluru berpandu.

Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,

53.        Sejak dahulu lagi ada satu bahan atau barangan yang kalau dikuasai oleh sesebuah masyarakat, sesebuah negara akan menjadikan masyarakat dan negara itu berketrampilan dan boleh mengawal, menguasai negara-negara yang lain; emas sebagai contoh, kemudian rempah ratus, bijih timah, getah, kelapa sawit dan pada zaman yang moden ini petroleum. Orang akan berperang disebabkan oleh petroleum. Barangan yang saya sebutkan tadi adalah yang sangat berharga dan bernilai. Sekarang ini the ‘in thing’ dalam Bahasa Inggeris ialah rare earth.

54.        Deng Xiao Ping pernah menyatakan, “Arab has oil, China has rare earth”. Pada tahun 1948 rare earth ini banyak diusahakan di India dan di Brazil. Tahun 1950-an di South Afrika; 60-an, 80-an di Mountain Pass oleh Syarikat Molycorp di California. Pada masa sekarang China menjadi pengeluar utama terbesar di dunia dengan mengeluarkan 97% dari keperluan rare earth  seluruh dunia. Negara China mengusahakan rare earth ini di Inner Monggolia. Reserve yang ada di Negara China sekarang ini adalah 37% dari reserve untuk keseluruhan dunia. Pada tahun 2010 sebuah badan USGS telah mengeluarkan dapatan (finding) iaitu Amerika Syarikat mempunyai 13 milion metrik tan reserve Tanah Jarang dan sejak tahun 2009 permintaan terhadap Tanah Jarang melebihi pengeluaran sebanyak 40,000 tan setiap tahun.

55.        Saya patut sebutkan juga di sini, di Negara Jepun terdapat satu kawasan seluas lebih kurang 2.3 km lebar tapi boleh mengeluarkan rare earth yang cukup untuk membekal keperluan dunia untuk setahun. Ini bermakna rare earth ini adalah satu bahan yang perlu. Sayang sedikit ianya telah dikelirukan dengan  Syarikat Asia Rare Earth iaitu salah satu subsidiari Mitsubishi Chemical, sebuah Syarikat Jepun, di Bukit Merah.  Kononnya rare earth di situ telah menyebabkan ramai penduduk di sekitar menghidap penyakit kanser. Ada kanak-kanak yang dilahirkan cacat, ramai yang menghidap penyakit kanser.


6. Selain itu, dalam ucapan beliau dalam penggulungannya semalam, YAB MB Pahang menyifatkan ahli-ahli dewan sebagai wakil rakyat yang terbaik yang menjalankan khidmat bersungguh-sungguh. Beliau juga memuji 4 wakil rakyat pembangkang sebagai wakil rakyat yang 'gentleman' kerana mereka membangkang sesuatu dasar dan apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan berasas dan dengan fakta. Mereka bukanlah pembangkang yang semata-mata membangkang hanya kerana mereka terpilih sebagai wakil rakyat pembangkang.

7. MB Pahang juga menafikan bahawa beliau terlibat dan ada kepentingan didalam projek Lynas bahkan menyatakan ada pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang kononnya lantang menentang projek berkenaan namun dalam masa sama mendapat kontrek yang bernilai puluhan juta dari projek Lynas berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat itu.

0 comments:

share2